Ahad, 1 Februari 2009

Keutuhan lagi...

Hari ni aku nak kongsi cerita pasal apa penceramah itu cerita..Katanya hidup ini umpama seorang yang berlari dikejar oleh seekor harimau,tetiba dia nampak untaian akar pokok lalu dicapainya.Pada pandangannya dia telah terselamat dari dikejar oleh seekor harimau...tapi malangnya apabila dia mendongak keatas dia ternampak di atas akar tempat dia bergayut itu terdapat dua ekor tikus hitam dan putih sedang menggigit akar pokok itu..dan diatas tikus itu ada sarang lebah...lalu dia memandang kebawah diingatnya harimau sudah meninggalkan dia rupanya tidak..harimau masih setia menanti dan apabila diamati dibawah itu juga terdapat satu lubang yang besar dan dalam yang didalamnya pula terdapat dua ekor ular yang sedang menjelir jelirkan lidahnya..Didalam takut dan resah itu tiba tiba terjatuh setitis madu lebah kedalam mulutnya..dan terasalah akan manis dan sedapnya madu lebah itu.Hilang segala takutnya disebabkan setitis madu lebah itu.
Jadi kesimpulannya manusia ini begitulah keadaanya..mudah lalai dan mudah lupa asal dijadikan,untuk apa diciptakan..Harimau diibaratkan seperti malaikat maut yang sentiasa menggekori kita sentiasa melawat kita.Lubang yang dalam dengan dua ekor ular itu umpama kubur dengan dua malaikatnya yang akan menyoal kita atas apa yang kita telah lakukan.Tikus hitam dan tikus putih ialah hari siang dan hari malam yang sentiasa menggurangkan usia kita bukan menambahkan usia..maksudnya tiap tahun usia kearah kematian makin hampir kalau ditakdirkan hidup sehingga umor 60 tahun dan sekarang umor kita 55 tahun maknanya hanya tinggal 5 tahun sahaja lagi untuk hidup kat atas dunia ini.
Tetapi kita tidak sedar akan kematian yang semakin hampir,kita leka dengan dunia yang sementara ini.Kita asyik membicarakan orang lain kitasibuk dengan dunia hingga lalai dengan apa yang Allah suruh..
Begitula sedikit sebanyak apa yang telah penceramah itu ceritakan..sebenarnya banyak lagi dia citer tapi i penat la nak taip banyak banyak ni...

Tiada ulasan: