Hari ini nama ku telah disenaraikan untuk pergi mendengar ceramah keutuhan dipejabatku...Sebenarnya malasss jer nak pergi tapi dah nama naik nak tak nak kena la pergi kan.Penceramahnya bagus senang nak paham..dan yang aku nak citer hari ini ialah pasal borang yang diedarkan untuk dijawab.
Soalan pertamanya..
Pesan penting dan wasiat yang anda ingin sampaikan kepada ibu bapa.isteri/suami,anak,keluarga atau sahabat,menjelang ajal anda datang?
Soalan kedua..
Tuliskan 10 orang terdekat yang anda yakini akan turut hadir ketika anda dikebumikan.
Soalan ketiga...
Amal jariah yang telah anda lakukan yang menfaatnya akan terus dinikmati oleh masyarakat setela anda kembali mengadap maha pencipta?
Soalan keempat..
Siapa yang akan menziarahi perkuburan anda dan mendoakan anda setelah setahun kematian anda.
Soalan kelima ....Apa yang telah,sedang dan akan anda lakukan untuk allah swt?
Bila aku dapat borang ini aku gelak jer..apabila penceramah bertanya apa kah pandangan anda lalu aku pun mengangkat tangan dan berkata Didalam hidup ini kita harus tanya diri kita apa yang akan kita buat,apa kah hasilnya,senang cakap muhasabah diri..Penceramah kata Allhamdulillah...selepas itu soalan lain siapakah idola anda aku jawab idola aku ialah Nabi Muhammad S.A.W.....Sebab semua yang Nabi ajar adalah untuk kebaikan bersama,dia juga macam manusia biasa berkahwin,berkeluarga,berniaga...kalau dibaling batu pun dia luka...walaupun dia kekasih Allah dia tak minta untuk dirinya..kasihnya sesama insan tebal..
begitu lah adanya.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan