Khamis, 29 Januari 2009

Keutuhan..

Hari ini nama ku telah disenaraikan untuk pergi mendengar ceramah keutuhan dipejabatku...Sebenarnya malasss jer nak pergi tapi dah nama naik nak tak nak kena la pergi kan.Penceramahnya bagus senang nak paham..dan yang aku nak citer hari ini ialah pasal borang yang diedarkan untuk dijawab.

Soalan pertamanya..
Pesan penting dan wasiat yang anda ingin sampaikan kepada ibu bapa.isteri/suami,anak,keluarga atau sahabat,menjelang ajal anda datang?

Soalan kedua..
Tuliskan 10 orang terdekat yang anda yakini akan turut hadir ketika anda dikebumikan.


Soalan ketiga...
Amal jariah yang telah anda lakukan yang menfaatnya akan terus dinikmati oleh masyarakat setela anda kembali mengadap maha pencipta?

Soalan keempat..
Siapa yang akan menziarahi perkuburan anda dan mendoakan anda setelah setahun kematian anda.


Soalan kelima ....Apa yang telah,sedang dan akan anda lakukan untuk allah swt?

Bila aku dapat borang ini aku gelak jer..apabila penceramah bertanya apa kah pandangan anda lalu aku pun mengangkat tangan dan berkata Didalam hidup ini kita harus tanya diri kita apa yang akan kita buat,apa kah hasilnya,senang cakap muhasabah diri..Penceramah kata Allhamdulillah...selepas itu soalan lain siapakah idola anda aku jawab idola aku ialah Nabi Muhammad S.A.W.....Sebab semua yang Nabi ajar adalah untuk kebaikan bersama,dia juga macam manusia biasa berkahwin,berkeluarga,berniaga...kalau dibaling batu pun dia luka...walaupun dia kekasih Allah dia tak minta untuk dirinya..kasihnya sesama insan tebal..
begitu lah adanya.....

Khamis, 22 Januari 2009

Soal.....?

Salam ceria.. ari ni aku nak citer pasal diri aku yang banyak menyoal.Aku akan menyoal kalau aku tak paham tak kira lah siapa orang itu ustaz ke, ustazah ker ,cik gu ker apa ker,kalau dengan pesakit pun akan ku soal dan biasanya aku akan bertanya sudah g jumpa doktor ke?hehehe kalau sudah dan tidak berkurang penyakitnya barulah aku cuba cara aku lak.
Bukan kah setiap penyakit itu ada ubatnya tak kiralah cara moden atau cara tak moden janji kita ada usahakan untuk merawat penyakit itu.Usaha pun atas ilham yg Tuhan berikan kepada kita...bukannya kita pun.
Aku pernah menyoal seorang ustazah yang mengajar kat pejabat aku..Dia sibuk suruh anak anak perempuan belajar amik bidang kedoktoran supaya senang ada orang perempuan yang uruskan..kira baguslah kan dia suruh usahakan...yang menjadi soalan aku ialah bilamana ustazah itu dengan bangganya berkata tengok anak anak perempuan saya semuanya amik bidang kedoktoran.Lalu soalan aku pun bermula..jengg jengg jengg.
Soalan pertama ku apakah ustazah pasti anak itu akan menjadi doktor sedangkan mereka sedang belajar?atas dasar apa yang anak anak itu belajar adakah atas dasar paksaan dan atas dasar apa ustazah sibuk mewarwarkan pasal anak ustazah?ada bangga diri ke?
hehehheh soalan yang membengangkan ustazah itu ... ye laa nak suruh orang tu satu hal ni yang sibuk citer anak dia apa kes..
Dengan ustazah yang sama juga aku pernah menyoal pasal janjinya..kawan ku menempah gelang tangan halus dengan bayaran sekian sekian yang telah dijanjikan..tetapi bila ustazah tu hantar dia kasi yang tebal besar dengan bayaran yang lain nilainya. .......lalu aku pun berkata kalau aku yang kena aku tak akan ambil tempahan itu sebab mana janjinya.............................memang ustazah tu kalau pandang aku macam nampak cipan jer..heheheh.
Satu hari masa class agama dengan seorang ustaz dia bercerita mengatakan kita selalu salah memahamkan..dia kata kalau solat jenazah ramai ramai la walau pun itu fardu kifayah.. ini tidak masa solat seorang jer yang solat yang lain duduk kat luar jer...lalu ustaz tu berkata, faedahnya besar akan dapat 2 bukit apa ntah pahalanya.maknanya besarlah nilainya pahala yang akan kita dapat kalau kita membuat solat jenazah itu, lalu aku menyoal apakah itu tandanya kita tidak ikhlas membuat solat jenazah itu..sebab kita berbuat itu disebabkan mahukan sesuatu....ustaz kerling aku...aku buat muka macam cicak telan kapurr..alaaa itukan fardu kifayah seorang buat orang lain tak payah...hehehehe,bila sejak mula fardu kifayah akan sampai akhir pun tetap menjadi fardu kifayah.
Ini citer dengan adik aku lak ...adik aku jumpa aku dan berkata kak long kalau kita jumpa antu A kita baca ayat A.... kalau kita jumpa antu b kita baca ayat b..lalu aku soal kalau tetiba jer antu tu duk tersembul depan muka u nak baca aperrr?heheheeh abis pun ayat yang akan kuarr ooo pocot.. ilang semua doa.hehehe kenapa nak susah susah ada khas khas lak ayat untuk lain lain antu....
cukupla sampai sini sebab dah penat nak taip arrr...

Rabu, 21 Januari 2009

Betul ker?

Aku teringat kepada kawan ku master N..dia pernah bercerita pasal antu yang duk tonggeng isap kaki dia.Aku lak siap tengok kat mana kena isap, cam ne rupa bekasnya ,ada lubang taring tak dan soalan yang paling orang tak jangka aku bertanya kenapa tak sepak jer masa antu tu sedang enak ngisap darah?
Baru baru ni aku pergi melihat anak sulongku yang sedang belajar diuitm pahang..Aku suamiku dan seorang anak lelakiku singgah sebentar di R n R lancang sebab nak melepas apa yang patut..waktu itu pukul 2 am kut..suasana kat situ sunyi sepi angin sepoi sepoi bahasa kenderaan pun tak berapa nak ada..Aku pun turun kebilik air masa aku nak masuk jer aku terkedu kejab sbb aku lihat ada kelibat baju putih kat depan aku dalam gelap lak tu..tapi tak tahan punya pasal aku derkk jer masuk..aku tekan suis lampu n lampu nyala..aku pun masuk kedalam bilik air sambil tu mata ku melilau pandang atas mana lah tau ada yang nak nengok lak..bila selesai dan nak buka pintu bilik air aku dah standby kalau ada mende yang duk halang muka pintu ni aku nak sepak lantak laa apa nak jadi...tapi allahmdulillah smua clear...aku pun keluar dan tunggu suami dan anak lelaki ku di bangku yang disediakan.Aku perati sekeliling aku lihat ada penyapu lidi tegak atas pokok..tetiba jer penyapu tu bergerak.aikkk aku tengok perempuan yang baju putih tu amik penyapu ntah nak dibawa kemana tak tau laa.tapi aku tabik spring laa kat pempuan tu berani duk sengsorang jer buat keje.
Apabila masuk kedalam kereta kami masing masing tak cakap apa pun.., masing masing diam dan duk layan perasaan sendrik jerr..Cerita ini aku timbulkan bila dah sampai kat rumah bangi..rupanya bukan aku jer yang cuak suami ku pun cuak juga sebab bila dia masuk bilik air ada pempuan baju putih tu sedang basuh bilik air dalam gelap..Aik cam ne ada 2 orang ditempat yang sama.
Pastu aku terfikir betul ke yang kami tgk dan jumpa tu orang..?Alaaa macam macam laa
Dulu pun ada sekali dalam perjalanan dari kampung ku di N9.masa tu malam jumaat hujan renyai renyai ada kabus lagik kereta pun tak banyak yang lalu lalang suasana nyaman dan sepi tetiba aku nampak seorang perempuan sedang menunggu bas ditempat menunggu ditepi hutan yang gelap.Aku pandang jer lepas tu kat depan sikit dalam 1 km aku nampak lagi pempuan tunggu bas suamiku bertanya ada bas ke waktu malam malam cam gini..?aku lak menjawab alaaa ini mesti kes car pooling..suamiku tiba tiba jer menaikkan semua cermin kereta,aku lihat suamiku buat lap ( bawa kete laju ) tetiba kan lebih kurang 1 km lagi aku nampak perempuan yang sama sedang duduk tunggu bas..tetapi aku memang tak rasa apa tak seram pun.Aku perhatikan bajunya sama tudung yang dipakai sama cara duduk sama..
Apabila dah 2 hari kejadian tu aku bertanya pada suamiku abang perasan tak pempuan yang duk tunggu bas tu tak ader kaki dan malam yang kita lalu tu malam jumaat dan lagi pun tak kan lah pempuan tu kembar 3.Suamiku kata laaaaa dah 2 hari baru nak sibuk..eeee serem lak

Ayat..

Aku telah menyuruh dua orang anak perempuan ku (Najwa dan Fatin) belajar silat di kawasan perumahan ku.Pada mulanya anak anak lelaki ku yang telah setahun belajar silat tidak membenarkan adik adik perempuannya belajar..lantas ku soal anak anak lelaki ku kenapa tak boleh perempuan belajar?Apa perempuan bukan manusiake?Itulah lelaki mudah lupa lahirnya dari seorang manusia yang bergelar perempuan...terdiam anak anak lelaki ku.
Apabila anak anak perempuan ku bertanya kenapa disuruh belajar silat?Aku berkata esok senang nak masuk asrama.... Najwa terus menunjukan muka nakalnya dan berkata ooo nanti kalau masuk asrama ada yang kaki buli leh laa kita lawan balik..Fatin pula bertanya lehke lawan dengan antu...Aku kata apa apa pun boleh...Itukan ilmu apasalahnya belajar mana tau nak guna dikemudian hari nanti...Anak anak sekarang kalau nak bersoal jawab kena ada fakta dan jelas pada mata kasar mereka...yang penting kena nyata,kalau tak nyata akan banyak soal jawabnya.
Hari pertama belajar sibuk Najwa dan Fatin bercerita hehehe mende baru laa kata kan ,bila masuk hari kedua bangun je dari tidor masing masing dah bising sakit badan..bila mereka bertanya kenapa aku jawab alaaaaaaaaaa biasalah tu macam orang latihan sukan atau main aerobik akan sakit sakit badan.Aku bab mematikan soalan anak memang suka..hehehe
Malam minggu aku menunggu anak anak ku balik dari latihan silatnya tapi tak muncul muncul sehinggalah aku sms suh balik dan jawapannya dalam sms memeningkan suami aku Najwa hantar sms berbunyi Nga training ag niey....anteh un ad kt sni nga training mak kOl la....
Aku kena jadi penterjemah sms la pula kepada suamiku..Maksud sms Najwa begini tengah training lagi ni..anteh (anak lelakiku) pun ada kat sini tengah training mak call la..
Bermula malam itu aku sport check sms phone anak ku yang paling bungsu..hehehe aku tertawa sendiri apabila membaca smsnya.Ayat ayatnya memang tak sama dgn ayat ayat kita..Apalagi kalau nak dibandingkan dgn ayat ayat cinta memang jauh larinya.
Ak = aku,kiz = kiss,klw = kalau, dan macam macam lagi laa ayatnya..
Aku macam ketagih laa pulak nak baca sms mereka jadi mereka pun mula lah operasi menyorokkan hp mereka..bila aku tanya apasal sorok?mereka jawab alaa mana bley...baca nanti mak tau semua rahsia...Hek eleee macam tu laa pulak..tapi kan biasalah manusia ni apa yang kita dengar tak boleh itu yang kita nak tau sangat...Aku lah tu..heheheh

Khamis, 15 Januari 2009

Sms laaa pulak.

Aku mendapat sms dengan tulisan yang besar...beginilah ayatnya "YA ALLAH! SEBAGAIMANA KAU PERNAH MENGHANTAR BURUNG BURUNG ABABIL MENGHANCURKANTENTERA BERGAJAH MUSYRIKIN,MAKA KAMI MEMOHON PADAMU YA ALLAH.TURUNKANLAH BANTUAN KEPADA ORANG ORANG ISLAM DIPALESTIN,HANCURKANLAH REJIM ZIONIS SEDAHSYAT DAHSYATNYA....AMIN..lipat gandakan doa ini,kirim kepada 7 orang rakan anda yang lain..maka 7 x 7 x 7 x 7 x 7 x 7 x 7 = 23453...823453 x 7 = 5.8 juta orang turut semua mendoakan...insyaallah..! "

Reaksi pertama aku bila membaca ayat yang memula ok laa memang la kita patut minta doa pada yang berkuasa..tetapi yang menyebabkan aku gelak sendiri bila di suruh hantar kepada 7 orang ....kenapa nak paksa paksa dan suruh suruh...bab solat bab berbuat baik tak nak lak paksa paksa gitu..pas tu siap lak kiraan doa tu..hehehehehe aku tertawa kecil..

Soalan pertama ku ..tidak malukah meminta doa yang sebegitu sedang kan diri yang meminta itu adakah seorang yang ikut perintah Allah dan Rasulnya.Adakah ibadahnya sama dengan orang yang dizaman itu?Kalau dah Allah redha tak perlu meminta Allah akan turunkan penyelamat tanpa diminta minta..bukan kah semua ini kepunyaan Nya...!
Soalan kedua ku..apa ada dengan banyaknya angka kalau tidak punya nilai....orang sekarang pandang pada angka pandang pada nama..berbuat sesuatu sebab nak nama,mereka lupa yang penting berkah.Alang alang hidup didunia ini baiklah kita berbuat dua dalam satu... dunia mahu akhirat pun mahu...tidaklah mendapat penat jer..
Begitu juga rezki memang dah Allah tentukan tapi Allah jua memberi kita akal untuk berusaha bukan duduk sahaja dan mengharap...tawakal sahaja tanpa berusaha umpama mahu minum air didalam gelas..tanpa memegang dan menyuapkan kemulut..boleh ke hilang dahaga kalau begitu?

Ahad, 11 Januari 2009

Kejam..

Pagi ini aku mendapat email menceritakan keadaan di Palestin.Aku lihat gambar gambar yang menyayat hati,ada yang cedera ada yang mati dan ada yang menanggis.Aku lihat pada diri ku aku bandingkan keadaan aku dengan keadaan mereka.Aku manusia,orang Palestin juga manusia begitu jua orang Israel....manusia.Walau warna kulit berlainan tapi keadaannya serupa ada kepala ,ada tangan,ada kaki,ada perasaan dan ada semuanya kecuali orang cacat anggota yang tak cukup sifat.Siapakah yang sebenarnya kejam?Siapa yang menjadi kan orang Palestin dan juga orang Israel?Siapa.........Tidak terfikirkan oleh kita kenapa bala menimpa.Apa yang telah kita lakukan adakah kejadian ini satu petanda untuk kita dan orang yang mahu berfikir?meneliti hal perilaku sendiri....Bukankah sesuatu sebab terjadi ada yang menyebabkan nya.Umpamanya kita jatuh sebab tersepak batu.Siapa yang salah batu itu kah atau kita?Tak kan kita nak salahkan Tuhan sedang kan Tuhan sudah memberikan kita akal dan keperluan lain yang boleh digunakan untuk memandang...Kita asyik salahkan orang lain asyik memandang orang lain kenapa tak kita pandang diri kita,kenapa tak kita soal selidik diri kita?bagi aku kanak kanak yang meninggal di Palestin mereka sudah selesai dengan dunia ini,sudah hilang susah dan duka ..yang susah dan yang duka sekarang ini adalah orang yang hidup.Sebab hidup perlu makan,minum,pakaian,perlindungan..Aku terfikir kenapa ramai kanak kanak yang meninggal adakah ini satu cara Tuhan hendak menyelamatkan mereka sebab Tuhan Maha tahu atas segalanya..
Kita sungguh bertuah terpilih menjadi seorang manusia..sebab hanya manusia yang boleh menjadi apa yang mereka mahu,mahu menjadi seperti haiwan atau malaikat.Kalau mahu menjadi seperti haiwan silakan ikutlah nafsu haiwani mu...kalau mahu menjadi seperti malaikat ikutlah cara Nabi kita,tetapi bukan lah kena pakai serban atau jubah tetapi ikutlah cara perlakuannya baik budi perkertinya..Tidak berdusta tidak menyakiti orang lain...Alangkah indahnya hidup yang penuh dengan kasih dan sayang.