Khamis, 12 Februari 2009

seruan

Aku suka dengar azan dalam filem semerah padi..Cara aruah P Ramli ni azan membuatkan hati menjadi sayu..,lontaran suaranya bagai meruntun perasaan.Beginilah yang dinamakan seruan... lembut bukan paksaan..tenang bukan gelojoh.Hidup ini kena fikir banyak mende kena sentiasa memikir.Siapa aku? untuk apa aku dijadikan?apa yang aku dah buat.?Semuanya berkisar tentang seorang aku.Orang kata aku pelik tapi aku rasa tak pelik pun.

Dua minggu sudah aku g ke Kuala Gandah...aku g sana sekeluarga..Aku tengok gajah mandi (kita leh mandi bersama gajah gak )dan leh kasi gajah makan..Ada lebih kurang enam ekor gajah ada besar ada kecik.Itulah kali pertama aku sentuh gajah..kulitnya begitu tebal bulunya keras macam berus dawai.Aku cuba menarik sehelai bulu gajah tetapi tidak tertarik..bulu yang keras itu melekat kukuh pada dinding kulit gajah yang tebal..Aku pegang telinga gajah eeeee macam cendawan kelememe telinga gajah.Memang sesuai sungguh nama cendawan tu dengan telinga gajah.

Aku tengok gajah mandi dengan penjaga dan orang ramai..betapa besarnya gajah itu dibandingkan dengan seorang manusia,tetapi kerana manusia itu Allah jadikan sebagai seorang khalifah binatang sebesar itu pun tunduk atas arahan manusia.Aku lihat pokok pokok yang besar dari pokok inilah dibuat kayu kayan untuk kegunaan manusia.Semua bende akur dengan kemahuan manusia..Aku lihat air sungai yang mengalir tenang tetapi dalam tenang itu juga ada banyak bahayanya.

Hidup ini begitu lah.. kena tenang walau apa pun terjadi..jangan risau..jangan marah..Aku tidak mahu menjadi dian membakar diri untuk menerangkan orang lain.Aku tidak mahu menjadi sumbu pelita untuk dibakar..Walau ada kepentigan untuk orang lain kenapa perlu rosak kan diri..sakitkan diri.Orang lain bahagia aku merana...ohhh tidakk.

Satu malam aku berjumpa dengan seorang kawanku..dia ni suka simpan mende mende termasukla mani gajah.Aku kata u ada mani gajah tapi aku leh rasa energi mani gajah tu...dia protes dia kata mana boleh..aku kata boleh laa energi u pun i boleh rasa.Lalu aku scan energinya dia block dengan ilmu dia..hahahaha aku ketawakan dia.aku beri love energi aku tenang dia ngelabah..Aku bukannya nak berlawan siapa menang siapa kuat aku cuma nak beritau dia itu jer...ilmu Allah kan banyak...

Tiada ulasan: