Isnin, 2 Februari 2009

Aku dan pesakit

Semalam aku mendapat panggilan dari pesakitku yang berada dikelang.Dia bertanya jikalau penyakit yang di deritainya tidak berkurangan apakah yang perlu di buat?Aku katakan padanya memula g klinik peksa doktor pas tu kalau tak dapat dikesan baru i rawat selepas itu g balik jumpa doktor dan peksa kalau boleh g scan sekali.Lepas tu pesakit tu tanya lagi kalau tak elok gak.....( heheheheh mau saja aku cakap aku ni Tuhan ker?) Tapi aku katakan biasanya itulah cara rawatan saya..saya hanya memulihkan yang metafizik..., mana mana yang fizikal kena jumpa doktor,sebab bila sakit metafizik itu sudah lama tubuh badan fizikal pesakit akan terbabit. sama.


Umpamanya satu kes pesakit aku dari banting..dia sakit perut umpama dihiris dengan pisau dan diperahkan limau diatasnya..begitulah pedih yang dia rasa.Tiap kali pergi hospital sampai masuk dalam alat scan masih tidak dapat puncanya.Badannya makin sehari kesehari kurus cengkung..Lalu dia menghubungi aku setelah aku rawat penyakit metafiziknya dia pergi semula ke hospital dan setelah di scan doktor mendapati usus perutnya sudah hancur tahap empat...lalu pembedahan dibuat segera..beberapa hari selepas pembedahan dia telah kembali kerahmatullah.


Doktor kata sebab kanser kalau sebab kanser kenapa sebelum ini tidak dapat dikesan?Kenapa dari dia seorang yang segar sampai menjadi kurus kering tapi tidak dapat di ketahui puncanya?Kadang kadang perkara begini payah untuk diterang kan..jadi kita main senyum senyum dah laa.Dulu aku ingat mende mende sihir mihir ni dah tak ada lagi rupanya masih seperti dulu gak..selagi orang ada rasa sakit hati ada dendam kesumat selagi itu lah penyakit yang tak nampak ini akan ada,apa pun semuanya atas izin Allah jua,tanpa izinNya tak kan lah terjadi..kan Dia Maha pemurah jadi Dia beri sahaja apa yang makhluk mau..


Tetapi kita kena ingat juga akan sifat Qoharnya...heheheh tapi kan yang paling aku lemas bila pesakit aku memanggil aku ustazah....sebab aku ni bukan ustazah ..aku seorang yang biasa jer macam orang lain tu..aku pakai jeans,baju t,baju kurung dan jubah.. kadang kadang itu pun kat opis jer...tiap kali orang panggil aku ustazah...Aku kata jangan laaa aku malu aahhh!!

Tiada ulasan: