Isnin, 23 Jun 2008

KIsah sibuta dengan gajah

Satu cerita dahulu kala kisah tujuh orang buta ingin mengenal apa itu gajah.Maka dibawalah oleh orang kesebuah zoo,disana tujuh orang buta itu dipertemukan dengan gajah..,ada yang memegang ekor gajah maka dikatanya "Oooohh gajah ni kurus cikeding jer".Lantas sibuta yang kedua yang memegang perut gajah berkata"Ada ke macam tu..,gajah ni macam dinding keras dan sekata jer",disahut oleh orang buta yang ketiga "Isshhh ada ke aku rasa macam dulang jer leper dan lebar "memangla sebab dia memegang telinga gajah.Sibuta yang keempat berkata "Aku rasa gajah ni banyak otot dan bentuknya panjang"mana tidaknya sebab dia sedang memegang belalai gajah.Dibalas oleh sibuta yang kelima"Aku rasa macam tiang jer"sebab dia sedang memegang kaki gajah.Disambut oleh dua orang sibuta "Yer...la macam tiang.."sebab dua orang lagi itu pun memegang kaki gajah.

Maka masing masing mengatakan mereka yang betul dan saling menyalahkan orang lain..sebenarnya semuanya pun betul tetapi masing masing menggambil contoh dari sebahagian badan gajah,bukan keseluruhan gajah.

Begitu juga dalam mempelajari ilmu,jangan mudah menyalahkan orang lain.Jangan mudah mengatakan apa yang orang lain belajar itu salah...atau sesat sebab mereka yang berkata itu tidak tahu apa yang orang lain belajar,jangan mudah menuduh kalau tidak masuk atau belajar didalam pengajian itu sendiri.Apa mereka (yang menuduh itu)sudah yakin benarkah mereka itu tidak sesat tidak salah?

Orang sekarang mudah menuduh orang dahulu sesat sedangkan mereka tidak tahu apa sebenarnya yang ada disebalik perbuatan itu.Contohnya mandi bunga ada yang mengatakan syirik percaya pada bunga.Tetapi tahu kah mereka warna yang ada pada bunga bunga itu sebenarnya mengeluarkan tenaga yang boleh menambah serikan seseorang yang menggunakannya.Zaman sekarang tahap warna pun boleh dikira tenaganya ,ada alatnya.Tetapi jangan lupa tenaga,warna dan bunga itu siapa yang punya..Semuanya kembali pada yang Satu.

Begitu juga untung baik dan untung jahat,sebenarnya apa yang berlaku walau jahat atau baik semuanya untung,sebab sesuatu terjadi ada sebab musababnya.

Itu sebabnya orang dulu kalau jatuh mereka akan kata "untung aku jatuh kat sini kalau aku jatuh kat tempat ramai orang tentu aku malu".jatuh pun untung gak.

Isnin, 16 Jun 2008

7Chakra - Reiki

7Chakra - Reiki:

OREN kah AKU...

Orenkah aku bilamana kawan ku bertanya apakah ciri-ciri suami yang baik? Aku menjawab ..kalau ikut hadis suami yang baik ialah bilamana apa yang dia makan dan apa yang dia pakai juga serupa dengan isterinya….Zahir dan batin terjaga tidak terkecuali.

Kawan ku bertanya lagi kalau kena gantung tak bertali?Aku jawab bagus sekali u buat jer apa u nak buat sebab dia yang tanggung.Biar setebal mana serbannya biar lekuk batu kerna sujudnya tapi dia menyeksa isterinya dia akan tergantung urusannya.Bilamasa tergantungnya?Bila dihujung dunia bila nilai harta tiada dibicarakan hanya memikir diri sendiri.

Orenkah aku..bila aku kata isteri bukan untuk dikasari tapi disayangi dan dikasihi.Apa itu sayang?Sayang itu ditimang macam budak kecil yang suka ditimang.Apa itu kasih?Kasih datang bila dah ada sayang…Saling merindu saling teringat,senyumnya,tawanya,marahnya…gurauannya.

Orenkah aku bila aku kata Islam itu adil dan saksama,bukan menyeksa kaum wanita.Bukan dikahwini untuk menggikis.hehehehe terhakis yang lain tu tak pe sedap kan…sama-sama suka.

Orenkah aku?Bila orang tanya aku apa itu kundalini dalam reiki?Aku jawab itu cuma istilah yang menunjukkan sesuatu bukan untuk disembah.Lalu ku tanya orang itu solat mu untuk siapa?heheheh..Dia terdiam..

Okeylah sampai sini dulu…nanti orenku naik mendadak susah lak nak kawal.."

7Chakra - Reiki

7Chakra - Reiki:
Manusia Mudah Lupa

Manusia mudah lupa
asalnya dari setitis air mani
pertemuan diantara
lelaki dan perempuan
atas dasar kasih dan sayang.

Manusia mudah lupa
untuk apa dia dijadikan
ada akal ada nafsu
ada buruk ada baiknya
ada lelaki ada perempuan.

Manusia mudah lupa
tiada bezanya dengan haiwani
andai akal tidak dituruti
nafsu menjadi raja duniawi.

Manusia mudah lupa
kononnya aku lah yang gah
akulah yang tahu
lupa segalanya milik yang Esa.

Aahhh aku malu
aku malu pada diriku yang dalam
yang tertawa melihat aku yang luar."

kecek jangan tak kecek

Sebab Oren

Nama ku Nor.. Aku punya dua belas adik beradik,enam lelaki dan enam perempuan dan aku adalah anak yang sulung.Aku juga digelar kaklong dan ada juga yang memanggil ku master oren atau pun oren atau nor oren.Nama ini aku dapat semasa belajar reiki dengan Dr Master Hazil Azran bin Ramli diShah Alam.Sebab musababnya aku digelar begitu bila apa saja yang ku cakap akan menjadi dua makna...walau pun aku telus bercakap tapi orang yang mendengar tetap akan mengatakan aku bercakap ganda dua.
Satu contoh terbaru ketika dipejabat,kunci almari kawan ku patah dan aku tanya kenapa boleh patah?Kawan ku kata kunci ni nipis sangat biasalah barangan buatan negara cina.Lantas ku soal oooo cina punya tak kuat ya...semua ketawakan aku dan ada yang menjawab tak tau laa cina punya kuat ke tak....cisss..aku juga yang terkena.
Kelmarin aku terkena lagi..kawan pejabat menalipon aku dan semasa itu aku sedang memakan sebiji pisang..kawan ku bertanya u makan apa tu.saya jawab makn pisang...pas tu kan dia ketawa dia kata orang makan pisang malam la...Laaa aku cakap betul ni mereka yang serongkan lepas tu aku juga yang kena..itulaa kadang kadang aku lebih suka berurusan dengan antu..sebab mereka lurus dan tak pandai putar belit.hehehehe.
Aku punya enam anak.tiga lelaki dan tiga perempuan.Aku bekerja di salah satu pejabat berkanun dan kerja sampingan aku merawat orang.
Pelik tak aku yang carca marba merawat orang!Ramai orang yang berjumpa dengan ku agak terperanjat bila berjumpa. Mereka bayangkan aku perempuan tua yang berjubah kaler kaler dengan tudung labuhnya..tetapi hakikatnya aku seperti manusia biasa yang memakai pakaian yang santai..agak rugged dengan seluar jeansnya dan baju t nya.Dulu ibu marah dan bertanya kenapa aku tak pakai baju kurung semasa berjumpa pesakit..Aku jawab pakai seluar senang hendak lari mana tau ada kes pesakit main kejar kejar.Hehehe semua perkara menjadi satu lucuan bagiku...emakku tak kata apa sebab ada jer jawapannya.Suamiku tak kisah janji aku menutup aurat dan menjaga nama baik ku dan nama baiknya.Tetapi sebenarnya aku juga harus menjaga nama baik guru-guruku.