Selasa, 12 Januari 2010

Biar benar..

Salam sejahtera buat rakan rakan yang membaca nukilan ku kali ini.Harapan dan doa ku agar kalian baik baik belaka.Murah rezeki dan sihat tubuh badan agar berbahagia dunia dan akhirat.Sudah hampir dua minggu sesi persekolahan bermula.Anak anak ku pun sibuk juga dengan cerita persekolahan mereka.
Anak ku yang nombor lima berusia lima belas tahun bertanya " mak betul ke kalau orang merokok apabila mati tidak perlu dimandi dan dikafan tanam terus jer?" Aku bertanya siapa kata ? Anak ku menjawab guru kelasnya yang berkata demikian. Aku bertanya dia amek fatwa mana?Suami ku pula menyampuk perbualan kami dengan berkata "ooo orang yang mati hisap rokok tu sama taraf laa dengan orang mati syahid yelaa tak perlu mandi dan kapan tanam jer terus"
Aku dan suami ku saling berpandangan dan tersenyum.Anak ku berkata kenapa cikgu tu yang bertudung labuh berjubah yang kononnya dari sekolah beragama berkata begitu? Kenapa harus menipu? pendidik penipu walau pun niatnya baik tapi ajarannya salah.Yang salah tetap salah.Bebudak sekarang bukan bodoh kebanyakkan mereka semua sudah berfikiran terbuka boleh berbincang dengan ibu bapa bagai rakan sebaya.
Ada satu lagi yang cikgu tu kata kalau seseorang mati, anak anak dia kena ngaji dari masa mayat tu ada sampai laa nak kena kebumikan.Ini tidak anak anak duk suka suka orang lain pula yang ngaji.Dosa tu..
Aku lantas bertanya cikgu tu pasti ke dia mati nanti anak anak dia akan ngajikan?Itu kalau orang ada anak ,kalau yang tak ada anak siapa nak ngajikan? Aku kena brain wash kepala anakku agar berfikiran dan berpandangan jauh bukan di tutup tutup.Bukan ditakut takut. Fakta adalah fakta .Fardu kifayah tetap tidak sama dengan fardu ain.
Anak ku berkata cik gu buat ajaran sesat...nama jer bertudung labuh.
Begitulahh walau apa pun biar benar, salah tetap salah betul tetap betul, usah menegakkan benang yang basah.
Hari itu anak ku mendapat jawapan pada persolan yang dia utarakan dan pandangannya pada sang guru sudah berubah..dari hormat kepada senyum dan diam sahaja...dan aku akan menanti lagi persoalan yang bakal di luahkan oleh anak anak ku yang lain. Sampai jumpa lagi...muuuaaaah!