Selasa, 17 Februari 2009

Ilmu..

Salam ceria bukan rakan rakan yang sudi membaca celoteh aku yang ntah apa apa ni..Hari ini aku baca keratan akhbar yang ditampalkan di papan kenyataan pejabat.Siap kasi kaler lagik.mentang mentang la pasal perempuan..Aku baca dan tersenyum isinya mudah jer sebab apa nabi menanggis tengok yang ramai masuk neraka ialah orang perempuan.Kalau bab perempuan kemain lagik war warnya..Macam la dalam islam ini ada kasta lak.hehehe
Bagi aku sebab apa perempuan masuk neraka..?.Pertama sebab tak tahu..Kedua apabila nak tahu nak g belajar tak boleh....belajar pun disekat..kalau nak belajar bab ketuhanan lebih sikit disekat..sebab lelaki takut perempuan lebih pandai dari lelaki.Aku cakap macam ni sebab penggalaman aku..Untung la suamiku tak kisah kami g belajar sama sama..ye laa baik lelaki atau perempuan sama jer yang penting faham kemana kita sesudah ini.Apabila tahu dan faham boleh la tolong menolong antara satu sama lain..
Kalau kita baca kisah wali wali Allah..kaabah datang menggelilinggi Rabiatul Adawiyah...wali wali lelaki tak ada pun kaabah datang keliling..kenapa begitu?apa maksud cerita didalam cerita apa yang tersirat?Setiap yang berlaku pasti ada cerita sebalik cerita..cari la..
Nabi Muhammad sendiri begitu menghormati isteri isterinya..tak ada berkasar sedikit pun boleh saja saling tolong menolong..kenapa begitu?
Setiap cerita atau kisah mesti ada kupasannya sebagaimana maksud neraka itu sendiri.Kalau dalam dunia tidak aman asyik sakit hati jer,tak ke rasa macam duk dalam neraka jer?Sakit hati pandang orang senang ,sakit hati tengok orang lebih sikit,sakit hati tengok orang sexy...Suka hati dia laa dia nak sexy ke apa ke tubuh badan dia..Ntah hati dia lagi suci murni dari hati kita.
Aku pernah di tanya oleh adik ipar lelaki ku..persoalannya kalau kak long tengok orang tak solat kaklong tegur tak?Aku cakap tak?dia kata kenapa tak tegur?Aku kata buat apa nak tegur bukan dibawah jagaan aku..Dia kata mana boleh begitu.?aku cakap u pasti ker orang tu tak solat?mungkin mereka solat semasa u solat..kenapa suka nak menyibuk pasal orang tu?Apa tujuan u nak g kat orang tu suh solat u nak riak kerr..konon konon u jer yang baik u jer yang solat?hati u bersih tak?
Hehehheh merah cuping telinga adik ipar ku ...dia yang mula kan aku jawab jer..Pastu dia kata kak long tak aci main dalam...Apa yang tak aci ,apa yang main dalam tak tau laa aku?Yang aku tahu main dalam tu lain hehehhhee..Suami ku senyum pandang aku..
Aku senyum semula kat suami ku..Senyum berisyarat..... hanya kami jer yang paham...ecewaahhhh...

Isnin, 16 Februari 2009

Alkisah


Alkisahnya nujum pak belalang menjadi nujum bukan sengaja..disebabkan anak yang punya angkara.Begitu juga aku..aku bukannya mahu menjadi seorang perawat tetapi sudah ditakdirkan aku begitu.Asalnya memang sejak kecil aku boleh melihat apa yang orang lain tidak lihat.Aku dapat cerita sebelum cerita terjadi tapi aku ada pantang larangnya..kalau aku berbohong walau pun sedikit firasat yang akan aku dapat akan bohong laa selama 40 hari..Itu cerita waktu kecilku.

Bila sudah dewasa dan berkeluarga ada jua dikalangan anak anak ku yang boleh melihat macam aku.Asalnya aku memang tak ambil hal atas apa yang berlaku sehinggalah rumah ku dimasuki oleh pencuri yang tidak nampak dek mata zahir...Aku nampak pencuri itu turun tangga rumahku macam relex relex jer macam turun rumah sendrik jer..Aku pandang dia ,dia pandang aku,aku renung dia..dia lari dan sejak itu kalau dia datang mencuri aku seakan dipukau sebab mata aku tak leh nak buka.

Aku kata ciss ini tak leh jadi lalu ku cuba lawan sendrik aku baca ayat ayat selepas subuh dan selepas magrib..masuk hari ke tiga kalau tak silap lupa laa...(citer lama nih )Tetibakan sebelah bahu kiriku tercegat seorang perempuan tua yang bermuka hodoh mulut merah ntah darah atau sireh.Dia dengan selambenya ngejek aku...Aku keras kan hati aku lawan jer..aku teruskan bacaan suasana dalam bilik tidurku seumpama taufan kecil melanda walau tak rasa angin.Setiap mende yang bergantung terhuyung hayang..Suami dan anak anak ku semuanya diruang tamu kat tingkat bawah sedang enak tengok tv..

Selepas agak lama suasana menjadi sepi seperti sedia kala aku basah dengan peluh..orang tua itu pun ntah kemana..tak perasan lak bila dia hilang.Aku kebawah dan tanya pada suami dan anak anak ada dengar apa apa tak?mereka selamba jer kata tak ada apa apa pun.Tetapi esoknya aku lihat pokok besar didepan rumah ku menjadi kering daun daun nya berguguran..anak anak dan suami ku demam panas..semuanya 40 darjah selsius..Aku rawat anak dan suami ku habis pokok lidah buaya ku buat jaram untuk sejukkan badan mereka.Akhirnya suamiku menyuruh aku mencari guru untuk mengawal tenaga yang aku ada...hehehe dan sejak itu lah kisah aku bermula.

Aku telah menggikuti satu class reiki yang di ajar oleh guruku Master Hazil Azran bin Ramli. (ku panggil master g) kali pertama bersua Master telah bertanya padaku akak boleh lihat apa yang orang lain tak nampak ke?Alamakkk...Selepas pengijazahan kali pertama aku telah diuji oleh satu lembaga hitam yang marahkan aku sebab aku tolong kawan yang kena rasuk.Memula aku lawan cara reiki la lembut an baik jer tapi kan lembaga tu eksyen dia kacau gak aku.

Aku pun naik menci lak aku pun mula laa baca apa yang patut..bila masterg ku tahu cerita aku ditegur sebab berkasar dengan mende tu..alahaiii dah tu dia kacau aku..

Aku terus belajar sehingga aku menjadi seorang master..dan sehingga kini aku masih lagi pergi ke Shah alam tempat master g ku.Kami setiap sabtu malam awal bulan akan berkumpul dan bertukar tukar pendapat dan membuat rawatan secara berkumpulan.

Master G ku sekarang selalu masuk tv tetapi cara dia masih laa cam tu lembut dan tenang..Anak dah tiga tu..Tetapi jangan sangka air yang tenang tak ada buaya...Sebab master g ku kalau mengajar memang lahh nampak senang tapi susah...dia akan ajar pasal chakra...energi,gelombang, warna,nombor dan banyak lagi.
Kalau dulu aku kata banyak nya nak kene belajar tetapi sekarang ini semua perkara yang aku belajar itu aku gunakan.Biar orang kata apa aku tak kisah sebab orang yang berkata tu tak tau sebab tak belajar... Aku!!! tau apa yang aku buat sebab aku belajar...hehehehhe


Ahad, 15 Februari 2009

Redha....




Hari sabtu dan ahad rumah ku dan kawasan sekitarnya tak ada air...puncanya paip pecah kat presint 19.Kat putrajaya yang paip pecah rumah aku kat bandar baru bangi pun terbabit.Mungkin tekanan air rendah jadi rumah aku tu tinggi sikit kena naik bukit bagai jadi air pun tak leh nak naik.Bila dah tak ada air semua keje terbantut...lalu aku pun lepak lepak jer laa sambil tengok bunga yang aku tanam.

Sambil tu aku lihat juga pada halaman yang ditumbuhi rumput..ada yang bewarna kuning sikit ada yang nampak tanah.ada yang cantik hijaunya..ku renung pada rerumput yang melata tiba tiba rasa malu menjelma dalam diri ku.

Aku malu pada rumput dihalaman..aku malu pada pohon pohon yang melambai..betapa mereka itu redha atas apa yang Allah berikan..hujan ke panas ke tetap setia..zikirnya tak luput...tapi aku?Adakah seredha mereka ?kalau panas mulut ku gatal bercakap adusss panas nyerrr..kalau hujan... mulut ni gatal gak cakap alaaa ujan laaa pulak.kenapa tak leh diam jer.senyum jer..bukan kah Allah yang jadikan kenapa aku banyak sangat komplen nye.

Aku patut belajar dari rumput menerima tanpa protes.Sesungguhnya aku ini lemah tidak berdaya...sesungguhnya aku ini bodoh...apa yang nyata didepan mata tidak kulihat..alam sekeliling bagai guru mengajar aku ..tapi aku lalai..aku pandang bukan dengan hati yang celik.

Aku pandang alam lantas ku pandang diriku...apa yang ada pada alam ada jua pada aku.Maha besar MU..

Nan setitik jadikan laut
Alam terkembang jadikan guru
Dahulukan kepala dari perut
Hindari rugi,raihlah untung
Carilah ilmu keempat penjuru.

Ku mohon keampunan dan keredhaan Mu ya Allah...





Khamis, 12 Februari 2009

seruan

Aku suka dengar azan dalam filem semerah padi..Cara aruah P Ramli ni azan membuatkan hati menjadi sayu..,lontaran suaranya bagai meruntun perasaan.Beginilah yang dinamakan seruan... lembut bukan paksaan..tenang bukan gelojoh.Hidup ini kena fikir banyak mende kena sentiasa memikir.Siapa aku? untuk apa aku dijadikan?apa yang aku dah buat.?Semuanya berkisar tentang seorang aku.Orang kata aku pelik tapi aku rasa tak pelik pun.

Dua minggu sudah aku g ke Kuala Gandah...aku g sana sekeluarga..Aku tengok gajah mandi (kita leh mandi bersama gajah gak )dan leh kasi gajah makan..Ada lebih kurang enam ekor gajah ada besar ada kecik.Itulah kali pertama aku sentuh gajah..kulitnya begitu tebal bulunya keras macam berus dawai.Aku cuba menarik sehelai bulu gajah tetapi tidak tertarik..bulu yang keras itu melekat kukuh pada dinding kulit gajah yang tebal..Aku pegang telinga gajah eeeee macam cendawan kelememe telinga gajah.Memang sesuai sungguh nama cendawan tu dengan telinga gajah.

Aku tengok gajah mandi dengan penjaga dan orang ramai..betapa besarnya gajah itu dibandingkan dengan seorang manusia,tetapi kerana manusia itu Allah jadikan sebagai seorang khalifah binatang sebesar itu pun tunduk atas arahan manusia.Aku lihat pokok pokok yang besar dari pokok inilah dibuat kayu kayan untuk kegunaan manusia.Semua bende akur dengan kemahuan manusia..Aku lihat air sungai yang mengalir tenang tetapi dalam tenang itu juga ada banyak bahayanya.

Hidup ini begitu lah.. kena tenang walau apa pun terjadi..jangan risau..jangan marah..Aku tidak mahu menjadi dian membakar diri untuk menerangkan orang lain.Aku tidak mahu menjadi sumbu pelita untuk dibakar..Walau ada kepentigan untuk orang lain kenapa perlu rosak kan diri..sakitkan diri.Orang lain bahagia aku merana...ohhh tidakk.

Satu malam aku berjumpa dengan seorang kawanku..dia ni suka simpan mende mende termasukla mani gajah.Aku kata u ada mani gajah tapi aku leh rasa energi mani gajah tu...dia protes dia kata mana boleh..aku kata boleh laa energi u pun i boleh rasa.Lalu aku scan energinya dia block dengan ilmu dia..hahahaha aku ketawakan dia.aku beri love energi aku tenang dia ngelabah..Aku bukannya nak berlawan siapa menang siapa kuat aku cuma nak beritau dia itu jer...ilmu Allah kan banyak...

Isnin, 2 Februari 2009

Aku dan pesakit

Semalam aku mendapat panggilan dari pesakitku yang berada dikelang.Dia bertanya jikalau penyakit yang di deritainya tidak berkurangan apakah yang perlu di buat?Aku katakan padanya memula g klinik peksa doktor pas tu kalau tak dapat dikesan baru i rawat selepas itu g balik jumpa doktor dan peksa kalau boleh g scan sekali.Lepas tu pesakit tu tanya lagi kalau tak elok gak.....( heheheheh mau saja aku cakap aku ni Tuhan ker?) Tapi aku katakan biasanya itulah cara rawatan saya..saya hanya memulihkan yang metafizik..., mana mana yang fizikal kena jumpa doktor,sebab bila sakit metafizik itu sudah lama tubuh badan fizikal pesakit akan terbabit. sama.


Umpamanya satu kes pesakit aku dari banting..dia sakit perut umpama dihiris dengan pisau dan diperahkan limau diatasnya..begitulah pedih yang dia rasa.Tiap kali pergi hospital sampai masuk dalam alat scan masih tidak dapat puncanya.Badannya makin sehari kesehari kurus cengkung..Lalu dia menghubungi aku setelah aku rawat penyakit metafiziknya dia pergi semula ke hospital dan setelah di scan doktor mendapati usus perutnya sudah hancur tahap empat...lalu pembedahan dibuat segera..beberapa hari selepas pembedahan dia telah kembali kerahmatullah.


Doktor kata sebab kanser kalau sebab kanser kenapa sebelum ini tidak dapat dikesan?Kenapa dari dia seorang yang segar sampai menjadi kurus kering tapi tidak dapat di ketahui puncanya?Kadang kadang perkara begini payah untuk diterang kan..jadi kita main senyum senyum dah laa.Dulu aku ingat mende mende sihir mihir ni dah tak ada lagi rupanya masih seperti dulu gak..selagi orang ada rasa sakit hati ada dendam kesumat selagi itu lah penyakit yang tak nampak ini akan ada,apa pun semuanya atas izin Allah jua,tanpa izinNya tak kan lah terjadi..kan Dia Maha pemurah jadi Dia beri sahaja apa yang makhluk mau..


Tetapi kita kena ingat juga akan sifat Qoharnya...heheheh tapi kan yang paling aku lemas bila pesakit aku memanggil aku ustazah....sebab aku ni bukan ustazah ..aku seorang yang biasa jer macam orang lain tu..aku pakai jeans,baju t,baju kurung dan jubah.. kadang kadang itu pun kat opis jer...tiap kali orang panggil aku ustazah...Aku kata jangan laaa aku malu aahhh!!

Ahad, 1 Februari 2009

Keutuhan lagi...

Hari ni aku nak kongsi cerita pasal apa penceramah itu cerita..Katanya hidup ini umpama seorang yang berlari dikejar oleh seekor harimau,tetiba dia nampak untaian akar pokok lalu dicapainya.Pada pandangannya dia telah terselamat dari dikejar oleh seekor harimau...tapi malangnya apabila dia mendongak keatas dia ternampak di atas akar tempat dia bergayut itu terdapat dua ekor tikus hitam dan putih sedang menggigit akar pokok itu..dan diatas tikus itu ada sarang lebah...lalu dia memandang kebawah diingatnya harimau sudah meninggalkan dia rupanya tidak..harimau masih setia menanti dan apabila diamati dibawah itu juga terdapat satu lubang yang besar dan dalam yang didalamnya pula terdapat dua ekor ular yang sedang menjelir jelirkan lidahnya..Didalam takut dan resah itu tiba tiba terjatuh setitis madu lebah kedalam mulutnya..dan terasalah akan manis dan sedapnya madu lebah itu.Hilang segala takutnya disebabkan setitis madu lebah itu.
Jadi kesimpulannya manusia ini begitulah keadaanya..mudah lalai dan mudah lupa asal dijadikan,untuk apa diciptakan..Harimau diibaratkan seperti malaikat maut yang sentiasa menggekori kita sentiasa melawat kita.Lubang yang dalam dengan dua ekor ular itu umpama kubur dengan dua malaikatnya yang akan menyoal kita atas apa yang kita telah lakukan.Tikus hitam dan tikus putih ialah hari siang dan hari malam yang sentiasa menggurangkan usia kita bukan menambahkan usia..maksudnya tiap tahun usia kearah kematian makin hampir kalau ditakdirkan hidup sehingga umor 60 tahun dan sekarang umor kita 55 tahun maknanya hanya tinggal 5 tahun sahaja lagi untuk hidup kat atas dunia ini.
Tetapi kita tidak sedar akan kematian yang semakin hampir,kita leka dengan dunia yang sementara ini.Kita asyik membicarakan orang lain kitasibuk dengan dunia hingga lalai dengan apa yang Allah suruh..
Begitula sedikit sebanyak apa yang telah penceramah itu ceritakan..sebenarnya banyak lagi dia citer tapi i penat la nak taip banyak banyak ni...