Salam sejahtera pada pembaca yang budiman.Kali ini aku mahu berkongsi cerita terbaru dari ku buat kalian yang memerlukan.Aku baru saja merawat seorang pesakit barah buah dada fasa 4.Usianya dalam lingkungan 50an.Orangnya peramah, tinggi dan merupakan seorang pesara kerajaan negeri Johor.
Ketika dia berjumpa dengan ku buah dada kirinya ada 4 benjolan yang besar dan menggeluarkan darah.Di sekitar benjolan itu terdapat benjolan benjolan seakan biji biji jerawat yang kecil di dalam tisu buah dadanya.Doktor hospital yang di temuinya menangguh kan rawatan kimo kerana harapan untuknya hidup adalah amat tipis sekali.
Itu kata doktorlah..tapi kata ku ajal bukan disebabkan oleh penyakit.Ajal akan menemui kita apabila sudah tiba masanya nyawa meninggalkan tubuh.
Dengan ilmu ajaran sahabat ku ,seorang guru rawatan tradisional aku berjaya merawat pesakit itu.Doktor juga terperanjat dengan keadaan pesakit ku itu.Dia tidak seperti orang sakit, mukanya merah,benjolan di buah dada kirinya makin menggecil dan darah sudah mula kering.Sekarang hanya tinggal parut sahaja.
Insyaallah selepas hari raya ini aku kan merawat seorang perempuan yang tinggal di Kelang.Seorang janda berusia 40an yang berpenyakit kanser dan katanya dia telah melakukan kimo sehingga dadanya hancur.
Apa pun aku aku akan tunggu detik pertemuan itu kerana aku juga sedang belajar. Aku belajar dari pesakit ku tentang nikmat sihat. Aku belajar dari orang orang sekeliling ku,nikmat hidup...
Ya Allah jangan tinggal akan daku...
Selasa, 31 Ogos 2010
Langgan:
Ulasan (Atom)