Isnin, 16 Februari 2009

Alkisah


Alkisahnya nujum pak belalang menjadi nujum bukan sengaja..disebabkan anak yang punya angkara.Begitu juga aku..aku bukannya mahu menjadi seorang perawat tetapi sudah ditakdirkan aku begitu.Asalnya memang sejak kecil aku boleh melihat apa yang orang lain tidak lihat.Aku dapat cerita sebelum cerita terjadi tapi aku ada pantang larangnya..kalau aku berbohong walau pun sedikit firasat yang akan aku dapat akan bohong laa selama 40 hari..Itu cerita waktu kecilku.

Bila sudah dewasa dan berkeluarga ada jua dikalangan anak anak ku yang boleh melihat macam aku.Asalnya aku memang tak ambil hal atas apa yang berlaku sehinggalah rumah ku dimasuki oleh pencuri yang tidak nampak dek mata zahir...Aku nampak pencuri itu turun tangga rumahku macam relex relex jer macam turun rumah sendrik jer..Aku pandang dia ,dia pandang aku,aku renung dia..dia lari dan sejak itu kalau dia datang mencuri aku seakan dipukau sebab mata aku tak leh nak buka.

Aku kata ciss ini tak leh jadi lalu ku cuba lawan sendrik aku baca ayat ayat selepas subuh dan selepas magrib..masuk hari ke tiga kalau tak silap lupa laa...(citer lama nih )Tetibakan sebelah bahu kiriku tercegat seorang perempuan tua yang bermuka hodoh mulut merah ntah darah atau sireh.Dia dengan selambenya ngejek aku...Aku keras kan hati aku lawan jer..aku teruskan bacaan suasana dalam bilik tidurku seumpama taufan kecil melanda walau tak rasa angin.Setiap mende yang bergantung terhuyung hayang..Suami dan anak anak ku semuanya diruang tamu kat tingkat bawah sedang enak tengok tv..

Selepas agak lama suasana menjadi sepi seperti sedia kala aku basah dengan peluh..orang tua itu pun ntah kemana..tak perasan lak bila dia hilang.Aku kebawah dan tanya pada suami dan anak anak ada dengar apa apa tak?mereka selamba jer kata tak ada apa apa pun.Tetapi esoknya aku lihat pokok besar didepan rumah ku menjadi kering daun daun nya berguguran..anak anak dan suami ku demam panas..semuanya 40 darjah selsius..Aku rawat anak dan suami ku habis pokok lidah buaya ku buat jaram untuk sejukkan badan mereka.Akhirnya suamiku menyuruh aku mencari guru untuk mengawal tenaga yang aku ada...hehehe dan sejak itu lah kisah aku bermula.

Aku telah menggikuti satu class reiki yang di ajar oleh guruku Master Hazil Azran bin Ramli. (ku panggil master g) kali pertama bersua Master telah bertanya padaku akak boleh lihat apa yang orang lain tak nampak ke?Alamakkk...Selepas pengijazahan kali pertama aku telah diuji oleh satu lembaga hitam yang marahkan aku sebab aku tolong kawan yang kena rasuk.Memula aku lawan cara reiki la lembut an baik jer tapi kan lembaga tu eksyen dia kacau gak aku.

Aku pun naik menci lak aku pun mula laa baca apa yang patut..bila masterg ku tahu cerita aku ditegur sebab berkasar dengan mende tu..alahaiii dah tu dia kacau aku..

Aku terus belajar sehingga aku menjadi seorang master..dan sehingga kini aku masih lagi pergi ke Shah alam tempat master g ku.Kami setiap sabtu malam awal bulan akan berkumpul dan bertukar tukar pendapat dan membuat rawatan secara berkumpulan.

Master G ku sekarang selalu masuk tv tetapi cara dia masih laa cam tu lembut dan tenang..Anak dah tiga tu..Tetapi jangan sangka air yang tenang tak ada buaya...Sebab master g ku kalau mengajar memang lahh nampak senang tapi susah...dia akan ajar pasal chakra...energi,gelombang, warna,nombor dan banyak lagi.
Kalau dulu aku kata banyak nya nak kene belajar tetapi sekarang ini semua perkara yang aku belajar itu aku gunakan.Biar orang kata apa aku tak kisah sebab orang yang berkata tu tak tau sebab tak belajar... Aku!!! tau apa yang aku buat sebab aku belajar...hehehehhe


2 ulasan:

HUda berkata...

hello...wah sungguh dramatik cerita akak..terkenang pulak zaman baru2 belajar reiki dulu hihi...
rindu dah lama tak jumpa ni... marilah kita berjumpa2an nanti ya..

Master nor. berkata...

hehehe ari tu kelam kabut maa..ingat leh la jumpa dan lepas kan rindu..leh la kita jumpa n g ngeteh..dengan master master yang lain tu..kan kan