Ahad, 14 Disember 2008

Sandiwara kehidupan.

Aku yang tiada.
Aku yang tak punya apa.
Segalanya hanyalah sementara.
Selagi nyawa masih ada.

Dahulu ku ingat rumah yang besar,
kereta yang mewah,
halaman yang luas,
perhiasan yang gemerlapan,
itulah jaminan kebahagiaan.

Kini..setelah aku lihat lakunan dunia,
baru ku tahu..rupanya,
rumah yang besar bukan jaminan,
harta yang banyak bukan harapan,
bila kesakitan menerpa jasad,
tubuh tidak berdaya lagi,
kudrat hilang entah kemana.

Harta yang banyak pandang sahaja,
sakit terlantar jiwa merana,
hati kecewa.

Semua urusan orang lain yang jaga.
Mahu marah pada siapa?
Kenapa dahulu tidak ingat semua?
Hanya berfikir akulah segala,
umpama menongkat dunia,
sehat sejahtera sepanjang masa.

Aku lihat cerita didalam cerita,
cerita berulang umpama roda.
Kalau dahulu ku dengar sahaja,
kisah anak derhaka,
kini jelas dilayar mata.

Mahu disalahkan siapa?
Mungkin ada cerita ,
lantaran bisanya kata - kata,
dek orang tua,
anak memendam rasa.

Hilang kasih hilang lah sayang,
hormat tenggelam benci terserlah,
hati terluka dendam membara.

Lupa asal kejadian diri,
lahirnya atas kasih sayang ayahanda bonda,
tiada mereka tiadalah kita.

Harus pada siapa kesalahan itu dilemparkan?
pada ayah?
pada ibu?
pada anak?

Wahai anakanda,
kesayangan ayahanda dan bonda.
Ingatlah jangan derhaka,
usah dikenang sejarah lama,
hanya melukakan hati sahaja.

Buang yang keruh ambil yang jernih,
tenang lah jiwa jangan merintih.
gembira kan hati jangan bersedih
kelak kalbu mengambil alih.

Itulah kisah dunia
bagai pentas sandiwara
ada tanggis ada duka
ilmu jua bagi kita.

Tiada ulasan: