Khamis, 25 Disember 2008

Kembali...

Pada hari rabu pukul 11:55 pagi aku mendapat panggilan talipon dari biras ku yang tinggal di selayang.Terdengar suara pilunya diperhujungan talian mengatakan bahawa ayah mertuaku sudah kembali kealam baqa.Aku yang ketika itu sedang bekerja cepat cepat menalipon suami ku dan anak anak ku supaya bersiap untuk menguruskan apa yang patut..
Sesampainya aku di selayang ku lihat jenazah ayah mertuaku terbaring kaku di tengah rumah.Biras ku datang memeluk ku sambil menanggis menceritakan saat akhir aruah...Aku kata kan pada birasku sudah la jangan menanggis biarkan ayah pergi dengan aman doakan agar dia selamat...perkara sudah berlalu tak usah diingat lagi...yang hidup harus tabah.. kehidupan perlu diteruskan...ayah bukannya mati tapi kembali dia cuma beralih alam sahaja.
Setelah kaum lelaki selesai membaca yassin di ruang tamu itu aku serta anak anak perempuan ku pula menggambil alih,ku duduk disisi jenazah.Ku singkap kain penutup mukanya ku hadiah kan fatihah,al ikhlas dan selawat agar dia aman disana.Aku renung wajahnya ..matanya bertutup rapat...air mukanya bersih umpama orang tidur lena ,ada sekelumit senyum pada hujung bibirnya..senyum yang selamba tapi dia senyum!
Setelah selesai aku membaca yassin aku teringat kembali pada mimpi ayah yang menyatakan bahawa dia akan pergi bertemu raja sebuah negeri..dia akan pergi dahulu kemudian akan datang menjemput mak...dia berkata ketika bertemu raja dia memakai pakaian bewarna kuning cair..
Kini apa yang dimimpikan terhampar diruang mata...pada wajahnya ditutupi kain selindang yang bewarna cream umpama kuning cair..pergi mengadap raja sebuah negeri...mengadap Allah.
Aku bangun dari sisi jenazah.,Aku duduk memerhatikan suasana sekeliling..Ada yang menanggis ketika mengadap jenazah...Aku berkata didalam hati ku....ahh untuk apa ditangisi pada bekas.. kenapa dahulu masa bekas itu berisi tidak sedih tidak mahu berkhidmat?kenapa baru sekarang?
Pukul tiga petang kereta jenazah datang kerumah dan jenazah diangkat untuk dimandi dan di sembahyangkan di surau yang berdekatan.Aku menumpang solat zohor dirumah birasku itu selepas memberi salam akhir aku melihat aruah ayah tersenyum memandang ku..eehhh ayahhhh kata ku..
Selepas solat aku ke surau yang berdekatan ketika itu anak anak lelaki ku sedang menolong orang yang memandikan jenazah atoknya..alhamdulillah anak anak lelaki ku tidak kekok atau gerun mereka dengan rela hati melakukannya.Selepas solat asar jenazah ayah disembahyangkan pula selepas itu jenazah dibawa kerumahnya dikuang..disana ada saudara mara serta sahabatnya menunggu sekali lagi jenazah disembahyangkan setelah itu jenazah terus dibawa kekubur.
Ketika jenazah mahu di masukkan keliang lahad ketiga tiga anak lelaki aruah yang ada diminta turun keliang untuk menyambut jenazah..suamiku anak yang pertama jadi dia menyambut bahagian kepala dan dua orang adik lelakinya menyambut bahagian yang lain pula..jenazah di baringkan diliang lahat,anak anak disuruh membuka ikatan yang ada..suamiku membuka ikatan kepala dan pastikan wajah aruah menyentuh tanah.setelah selesai tibalah masanya untuk memasukkan tanah..setelah selesai bacaan talkin semua anak anak dan saudara yang ada menaburi bunga rampai dan air diatas pusara tempat bersemadinya aruah.ketika di kubur aku bisikkan kepada anak anak anak lelaki ku aku kata kan pada mereka esok kalau emak dan ayah mati buat la macam ni..ini ilmu belajar lah.Anak ku angguk dan faham apa yang aku maksudkan.
Allhamdulillah upacara pengebumian ayah mertuaku berjalan lancar..tika hidupnya dia memang seorang yang sistematik matinya juga begitu..lancar dan pantas.
Setibanya aku dirumah mertuaku azan magrib berkumandang..Malam melabuhkan tirainya..Cerita apa pula selepas ini..

Tiada ulasan: