Khamis, 18 Disember 2008

Alahaiii ibu mertua ku.

Sejak ibu mertua ku jatuh sakit,kami adik beradik bergilir gilir menjaganya.Setiap orang menjaga ibu selama sebulan.Kini tiba lah giliranku menjaga ibu mertua ku ini.Aku merupakan menantu sulungnya,semua adik beradik suamiku memanggil aku dengan pangilan kak long.Maka bermula lah episod aku menjadi penjaga..sebenarnya atas nama sahaja sebab serba serbi bibik yang buat.hehehehe.
Pada mulanya aku mahu membawanya kerumahku,tinggal bersama ku senang lah sikit suamiku nak menggurus apa yang patut kan..tetapi malangnya dia tak mahu kerumahku ,dia mahu tinggal dirumahnya sendiri dia mahu tinggal bersama abang tersayang..hehehe dah tetua ni mak mentua ku kemain lagi siap panggil abang sayang dan ciuman terbang lagik..(betul ke ni flying kiss).
Setiap pagi bibik akan memasak bubur nasinya bercampur aneka sayuran..aku tengok dah macam bubur lambuk laa pulak....ada lobak, ada kentang, ada bayam dan ikan atau ayam..siap dengan daun sup lagi..kalau tak cukup rasa nanti ibu mertua ku komplen kata tak sedap..la hanyir laa macam macam laa lagik.
Aku cakap gak kat bibik tu..napa tak masak bubur nasi tu asing dan kemudian masak sayuran tu periuk lain..tapi bik ni tak paham paham..ye laa dia cakap slow motion aku lak cakap laju macam keretapi.Sejak menjadi pengurus orang sakit ni masa ku cukup terhad..mana nak pergi kerja ,nak layan anak sekolah lagi..pesakit lagi...nak g class lagi...pas tu kena jaga dua rumah yang jaraknya satu jam perjalanan...eeeceewaahh macam lah aku yang pandu kereta..
Sebenarnya aku duk sebelah hb ku saja ia lahh pengurusss kan.
Menjaga orang sakit ini memang memerlukan kesabaran yang teramat laa sangat.sebab apa sahaja yang kita buat semua tak betul semua salah..nak di karate mak mertua ku merangkap mak ku jua.heheheh.Mulanya aku ikutkan sahaja karenahnya ye laa kesian kan...tapi bila kita ikut jer kehendaknya lain la pula jadinya...dia dah naik tocang memerintah yang bebukan...kalau dia panggil orang tak datang dekat dia akan minta air nak minum.,,jadi orang akan hulurkan air padanya...kiranya politik dia kuat laa atau senang cakap dia pandai saiko orang...
Kebetulan cuti sekolah baru bermula dan anak ku yang paling bongsu meminta izin untuk tinggal bersama atok wannya.
Sejak kehadiran anak bongsuku,(Fatin) ibu mertuaku menjadi seorang yang sangat risau sebab fatin suka menganggunya..setiap pagi fatin akan memicit tangan dan kaki kiri ibu mertua ku yang lemah akibat serangan stroke...kebetulan dia pandai mengurut walaupun masih kecil lagi...fatin suka sekali tidor dengan atok wannya..kalau atok wannya marah marah fatin akan kata atok nak kena urut ker?hehehe ala ala ugutan laa pula..kalau atok marah nanti atin urut atok..atau kadang kadang fatin akan cakap atok wan tak guna tangan dan kaki kiri ni...apa kata kita masak kan jer..masak kari ke masak sop keer..?ibu mertua ku tanya sanggup ke makan daging atok ni...mak tak mampu nak beli daging dah ker?hehehe nama aku gak yang kena sebut..
Bila fatin kata sanggup ibu mertua ku akan cepat cepat menaliponku suruh balik cepat ..rasa nak marah ada,rasa nak ketawa pun ada..sebab ibu mertuaku pun dah jadi bebudak balik...bila aku ketawa ibu akan kata ooo ketawa yee kalau marah dia akan kata aku marah dia..
Akhirnya aku buat muka tak paham jerr..ala ala blurrr gituuu..senang citer kan..
Tetapi suamiku seorang yang cukup tabah dan sabar..dia akan ikut sahaja apa kehendak ibunya..bab bercakap atau menegur ibunya aku yang amik alih...ye laa aku ni hanya menantu jerr...

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul tu kak Nor..orang2 tua ni bila sakit dia jadi cam budak kecik balik..hehe..ma sukala bila kak Nor..dah start update balik blog ni hehe...kalau tak kan sepi je hehe

Master nor. berkata...

Trima kasih...akak pun suka baca blog maa..sronok.