Rabu, 17 Disember 2008

Buat sahabat ku (Master S)

Dikeheningan pagi yang ceria
aku dikejutkan dengan berita
sahabatku sedang berduka
sedih datang menyapa
suaminya sudah tiada.

Dia sahabatku yang tabah
onak duri tiada diendah
kini hatinya gundah
ketiadaan suami terasa payah.


wajah manisnya
bermuram durja
sedih hatinya duka
kasih hilang tiba tiba.

Seperti aku yang rasa
hibanya..sedihnya
hilang tempat bermanja
bergurau mesra.

Sabarlah wahai sahabatku
itulah dugaan buatmu
itu lah jua ilmu bagimu
mungkin ada sesuatu menunggu.

Ingatla sahabatku..
Allah itu maha tahu.

Janganlah kesal dan menyesal
janganlah salahkan pada takdir
Redha laaa........




redha laaa....

Tiada ulasan: