Isnin, 16 Jun 2008

Sebab Oren

Nama ku Nor.. Aku punya dua belas adik beradik,enam lelaki dan enam perempuan dan aku adalah anak yang sulung.Aku juga digelar kaklong dan ada juga yang memanggil ku master oren atau pun oren atau nor oren.Nama ini aku dapat semasa belajar reiki dengan Dr Master Hazil Azran bin Ramli diShah Alam.Sebab musababnya aku digelar begitu bila apa saja yang ku cakap akan menjadi dua makna...walau pun aku telus bercakap tapi orang yang mendengar tetap akan mengatakan aku bercakap ganda dua.
Satu contoh terbaru ketika dipejabat,kunci almari kawan ku patah dan aku tanya kenapa boleh patah?Kawan ku kata kunci ni nipis sangat biasalah barangan buatan negara cina.Lantas ku soal oooo cina punya tak kuat ya...semua ketawakan aku dan ada yang menjawab tak tau laa cina punya kuat ke tak....cisss..aku juga yang terkena.
Kelmarin aku terkena lagi..kawan pejabat menalipon aku dan semasa itu aku sedang memakan sebiji pisang..kawan ku bertanya u makan apa tu.saya jawab makn pisang...pas tu kan dia ketawa dia kata orang makan pisang malam la...Laaa aku cakap betul ni mereka yang serongkan lepas tu aku juga yang kena..itulaa kadang kadang aku lebih suka berurusan dengan antu..sebab mereka lurus dan tak pandai putar belit.hehehehe.
Aku punya enam anak.tiga lelaki dan tiga perempuan.Aku bekerja di salah satu pejabat berkanun dan kerja sampingan aku merawat orang.
Pelik tak aku yang carca marba merawat orang!Ramai orang yang berjumpa dengan ku agak terperanjat bila berjumpa. Mereka bayangkan aku perempuan tua yang berjubah kaler kaler dengan tudung labuhnya..tetapi hakikatnya aku seperti manusia biasa yang memakai pakaian yang santai..agak rugged dengan seluar jeansnya dan baju t nya.Dulu ibu marah dan bertanya kenapa aku tak pakai baju kurung semasa berjumpa pesakit..Aku jawab pakai seluar senang hendak lari mana tau ada kes pesakit main kejar kejar.Hehehe semua perkara menjadi satu lucuan bagiku...emakku tak kata apa sebab ada jer jawapannya.Suamiku tak kisah janji aku menutup aurat dan menjaga nama baik ku dan nama baiknya.Tetapi sebenarnya aku juga harus menjaga nama baik guru-guruku.

Tiada ulasan: