Isnin, 16 Jun 2008

7Chakra - Reiki

7Chakra - Reiki:
Manusia Mudah Lupa

Manusia mudah lupa
asalnya dari setitis air mani
pertemuan diantara
lelaki dan perempuan
atas dasar kasih dan sayang.

Manusia mudah lupa
untuk apa dia dijadikan
ada akal ada nafsu
ada buruk ada baiknya
ada lelaki ada perempuan.

Manusia mudah lupa
tiada bezanya dengan haiwani
andai akal tidak dituruti
nafsu menjadi raja duniawi.

Manusia mudah lupa
kononnya aku lah yang gah
akulah yang tahu
lupa segalanya milik yang Esa.

Aahhh aku malu
aku malu pada diriku yang dalam
yang tertawa melihat aku yang luar."

Tiada ulasan: