Rabu, 21 Januari 2009

Betul ker?

Aku teringat kepada kawan ku master N..dia pernah bercerita pasal antu yang duk tonggeng isap kaki dia.Aku lak siap tengok kat mana kena isap, cam ne rupa bekasnya ,ada lubang taring tak dan soalan yang paling orang tak jangka aku bertanya kenapa tak sepak jer masa antu tu sedang enak ngisap darah?
Baru baru ni aku pergi melihat anak sulongku yang sedang belajar diuitm pahang..Aku suamiku dan seorang anak lelakiku singgah sebentar di R n R lancang sebab nak melepas apa yang patut..waktu itu pukul 2 am kut..suasana kat situ sunyi sepi angin sepoi sepoi bahasa kenderaan pun tak berapa nak ada..Aku pun turun kebilik air masa aku nak masuk jer aku terkedu kejab sbb aku lihat ada kelibat baju putih kat depan aku dalam gelap lak tu..tapi tak tahan punya pasal aku derkk jer masuk..aku tekan suis lampu n lampu nyala..aku pun masuk kedalam bilik air sambil tu mata ku melilau pandang atas mana lah tau ada yang nak nengok lak..bila selesai dan nak buka pintu bilik air aku dah standby kalau ada mende yang duk halang muka pintu ni aku nak sepak lantak laa apa nak jadi...tapi allahmdulillah smua clear...aku pun keluar dan tunggu suami dan anak lelaki ku di bangku yang disediakan.Aku perati sekeliling aku lihat ada penyapu lidi tegak atas pokok..tetiba jer penyapu tu bergerak.aikkk aku tengok perempuan yang baju putih tu amik penyapu ntah nak dibawa kemana tak tau laa.tapi aku tabik spring laa kat pempuan tu berani duk sengsorang jer buat keje.
Apabila masuk kedalam kereta kami masing masing tak cakap apa pun.., masing masing diam dan duk layan perasaan sendrik jerr..Cerita ini aku timbulkan bila dah sampai kat rumah bangi..rupanya bukan aku jer yang cuak suami ku pun cuak juga sebab bila dia masuk bilik air ada pempuan baju putih tu sedang basuh bilik air dalam gelap..Aik cam ne ada 2 orang ditempat yang sama.
Pastu aku terfikir betul ke yang kami tgk dan jumpa tu orang..?Alaaa macam macam laa
Dulu pun ada sekali dalam perjalanan dari kampung ku di N9.masa tu malam jumaat hujan renyai renyai ada kabus lagik kereta pun tak banyak yang lalu lalang suasana nyaman dan sepi tetiba aku nampak seorang perempuan sedang menunggu bas ditempat menunggu ditepi hutan yang gelap.Aku pandang jer lepas tu kat depan sikit dalam 1 km aku nampak lagi pempuan tunggu bas suamiku bertanya ada bas ke waktu malam malam cam gini..?aku lak menjawab alaaa ini mesti kes car pooling..suamiku tiba tiba jer menaikkan semua cermin kereta,aku lihat suamiku buat lap ( bawa kete laju ) tetiba kan lebih kurang 1 km lagi aku nampak perempuan yang sama sedang duduk tunggu bas..tetapi aku memang tak rasa apa tak seram pun.Aku perhatikan bajunya sama tudung yang dipakai sama cara duduk sama..
Apabila dah 2 hari kejadian tu aku bertanya pada suamiku abang perasan tak pempuan yang duk tunggu bas tu tak ader kaki dan malam yang kita lalu tu malam jumaat dan lagi pun tak kan lah pempuan tu kembar 3.Suamiku kata laaaaa dah 2 hari baru nak sibuk..eeee serem lak

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

seram la kak nor....ish...ma pun dah beberapa hari tak leh tido ni tak tahu la nape...rasa takut la mcm2 ade

Master nor. berkata...

mungkin sebab cuaca panas kut...apa pun kena hati hati laa.sbb bulan safar tak lama lagi dan dirty energy akan tinggi waktu tu...