Isnin, 10 Mei 2010

Apabila suami ku meletop...

Pagi ini suami ku mendapat panggilan talipon daripada guru displin sekolah anak ku, menyatakan yang anak ku lewat lagi kali yang ke empat..bukan lah lewat sangat hanya seminit dua.Maka tercetusla cerita ini... jeng jeng jengg

Sebenarnya suami ku memang sudah lama menyimpan isu nak suruh cepat tapi tak bagi cepat... Nak suruh belajar tapi tak kasi belajar...Macam mana pula tu? Pelik juga kan.Suami ku bertanya kepada guru anak ku mengapa budak sudah lewat di lewatkan lagi di tahan sampai satu jam di dalam dewan ? Bukan kah ini mencuri masa belajar budak itu lewatnya seminit dua di tahan sejam lebih.

Mana budak sekarang tak stress dah la keje sekolah banyak, pelajaran banyak lepas tu di tekan lagi.Yang datang lewat sedikit jadi isu yang ponteng tak jadi isu pula? Yang datang lambat selepas waktu rehat tidak di tahan pula? Mana adilnya undang undang?

Cikgu displin anak ku berkata undang undang dah macam tu.Lantas suami ku berkata mana akalnya? bukan kah undang undang itu di bawah akalnya.Mana kasih dan sayang seorang pendidik? Asyik nak mendera murid asyik nak tekan murid.Saya masa kecil dahulu kalau cikgu nampak lambat sampai ke kelas cikgu sendiri akan lambai suruh datang masuk kelas cepat..

Kenapa sekarang tidak begitu? Mana murid nak kasih dan sayang pada gurunya sedang kan guru nya sendiri tiada kasih dan sayang itu? Mana contohnya? Anak ku berkata cikgu ini suka menyumpah seranah bagus kah itu? pendidik kah itu? Jadi tidak heran murid tidak hormat pada cikgu yang begini.

Ada juga yang bagus pandai mengajar, murid pun sayang selalu bercerita cikgu ni baik ngajar mudah faham.Ini penggalaman aku dengan anak anak ku.Tiap kali semasa makan malam anak anak ku akan bercerita kisah sekolah nya. Ada guru ni poyo perasan sendiri macam bagus sangat.Ada pula yang makeupnya tebal macam opera cina.Ada yang mude cantik wooo.. baik pula tu.

Jadi secara tidak langsung aku tahu cara cikgu cikgu ini.Tapi aku hanya buat derkk jer pasang telinga.Ada juga sesekali aku menyampuk kata kata anak ku kalau tak ngumpat pasal cikgu tak boleh ke? ehehehe

Sebenarnya anak ku tidak tahu mengenai kisah ini tetapi cikgu tu pula yang pecah tembelang dia g panggil anak ku dah kata dia tak suka jawapan suamiku.Secara tidak langsung anak ku dapat tahu..
Alaaahhhaiii..

Selasa, 12 Januari 2010

Biar benar..

Salam sejahtera buat rakan rakan yang membaca nukilan ku kali ini.Harapan dan doa ku agar kalian baik baik belaka.Murah rezeki dan sihat tubuh badan agar berbahagia dunia dan akhirat.Sudah hampir dua minggu sesi persekolahan bermula.Anak anak ku pun sibuk juga dengan cerita persekolahan mereka.
Anak ku yang nombor lima berusia lima belas tahun bertanya " mak betul ke kalau orang merokok apabila mati tidak perlu dimandi dan dikafan tanam terus jer?" Aku bertanya siapa kata ? Anak ku menjawab guru kelasnya yang berkata demikian. Aku bertanya dia amek fatwa mana?Suami ku pula menyampuk perbualan kami dengan berkata "ooo orang yang mati hisap rokok tu sama taraf laa dengan orang mati syahid yelaa tak perlu mandi dan kapan tanam jer terus"
Aku dan suami ku saling berpandangan dan tersenyum.Anak ku berkata kenapa cikgu tu yang bertudung labuh berjubah yang kononnya dari sekolah beragama berkata begitu? Kenapa harus menipu? pendidik penipu walau pun niatnya baik tapi ajarannya salah.Yang salah tetap salah.Bebudak sekarang bukan bodoh kebanyakkan mereka semua sudah berfikiran terbuka boleh berbincang dengan ibu bapa bagai rakan sebaya.
Ada satu lagi yang cikgu tu kata kalau seseorang mati, anak anak dia kena ngaji dari masa mayat tu ada sampai laa nak kena kebumikan.Ini tidak anak anak duk suka suka orang lain pula yang ngaji.Dosa tu..
Aku lantas bertanya cikgu tu pasti ke dia mati nanti anak anak dia akan ngajikan?Itu kalau orang ada anak ,kalau yang tak ada anak siapa nak ngajikan? Aku kena brain wash kepala anakku agar berfikiran dan berpandangan jauh bukan di tutup tutup.Bukan ditakut takut. Fakta adalah fakta .Fardu kifayah tetap tidak sama dengan fardu ain.
Anak ku berkata cik gu buat ajaran sesat...nama jer bertudung labuh.
Begitulahh walau apa pun biar benar, salah tetap salah betul tetap betul, usah menegakkan benang yang basah.
Hari itu anak ku mendapat jawapan pada persolan yang dia utarakan dan pandangannya pada sang guru sudah berubah..dari hormat kepada senyum dan diam sahaja...dan aku akan menanti lagi persoalan yang bakal di luahkan oleh anak anak ku yang lain. Sampai jumpa lagi...muuuaaaah!

Ahad, 15 November 2009

Alahaiii ibu mertua ku 2

Bulan november 2009 tiba giliran kami sekeluarga menjaga ibu mertua yang tercinta.Ibu mertua ku yang suka bercerita pasal semua perkara macam cnn .Ada yang betul ada yang tak betul ada yang di ulang berkali kali.Kemana ibu mertua ku pergi bibik nya yang bernama Jamilah akan turut serta.Syukur Jamilah orangnya rajin dan baik hati.Walau pun kerjanya agak kasar tapi dia tahan dengan karenah ibu mertua ku.
Pagi tadi ku lihat mertua ku menanggis bercerita pasal orang kata haji dan umrahnya tidak sah kerana guna duit haram.Itu sebab dia dapat sakit macam tu.
Aku ketawa bila dengar cerita begitu,Aku bertanya siapa cakap beritahu aku..Dia kata ada laah..Aku mahu saja bertanya orang yang berkata itu apakah dia tu tuhan tau haji dan umrah orang tu sah tak sah.
Siapa sangat suka ambil alih keje tuhan tu ?suka menjatuh kan hukum macam laa bagus sangat.Diri sendri urus jangan sibuk hal orang lain.Dia sakit ke tak sakit ke itu sudah bahagian dia.Bahagian yang bercakap tu sudah tentu ke entah esok musibah melanda..dan orang akan bercakap ooo inilaah kesan daripada rezki yang tak halal..Baru padan muka!!
Kita hidup ada susah,ada senang,ada sihat,ada sakit .Semuanya seimbang kalau sakit kena usaha untuk berubat .Kalau tak tahu kena usaha belajar .Jangan suka menyalah kan orang lain..Tak mau letak kesalahan pada diri sendiri.
Ibu mertua ku dah nak jadi budak kembali..entah bila akan kembali..Dan semuanya bakal menjadi kenangan..

Isnin, 14 September 2009

Antara hati dan Qalbu

Salam sejahtera buat rakan rakan yang sudi membaca coretanku ini.Hari ini aku disoal oleh kawan ku apa itu hati dan apa itu Qalbu? Aku tertawa dan berkata aku bukan nya orang pandai.aku bukan nya ahli bahasa yang mampu menghuraikan makna tersebut,tetapi untuk tidak menghampakan rakan ku akan ku cerita sedikit tentang hati dan qalbu ini.
Apa itu hati ? Ia adalah segumpal darah yang ada didalam dada manusia.Tapi kalau kita bedah dada tu ada ke nampak hati? yang ada kat situ ialah jantung.Apakah sebenarnya hati ini? Peribahasa orang tua tua Apa selalu berkata jangan ikut hati nanti mati...Kalau di sini mana diam nya hati?bukan atas nafsu ke? Apa yang berkehendak ? hati ke nafsu? Jadi secara kasar nya kita boleh mengatakan hati itu mempunyai rasa marah.rasa dendam.rasa lapar dan berbagai rasa lagi.
Qalbu itu apa? Apabila hati sudah hilang nafsu yang tidak elok seperti dendam tak sudah..membebel macam buih sabun..maknanya sudah tidak ada hati yang bernafsu jahat.Hati tu dah naik taraf.Apa orang kata dia senyum jer..,suka duka tetap sama itu lah qalbu.Bukan jalan jer yang boleh naik taraf..hati pun boleh gak..
Apabila sudah berada pada tahap qalbu apa di pandang itulah ilmu.
Tapi awas mulut harus dijaga..kata kata yang dikeluarkan kenalah pada tempatnya jangan sebab mulut badan merasa...Apabila sudah ramai yang mengata yang mengeji tidak sakit kah orang yang di keji itu?Kalau ikut ilmu reiki apabila kita mengatakan energi tahap satu itu adalah kata nesta dari orang ramai.Kenapa jadi begitu..Itu sendiri sendiri lahh kena fikirr..Jangan tau sebut jer orang cakap kita cakap..Bila suruh hurai dan tanya erti semua tak tau..
Samalah macam burung tiung yang pandai berkata kata tapi tak tau apa yang di perkata kan.Kita hidup ni kena tahu sebab apa kita buat macam makan.Kita jer yang tau kita lapar ke tak bukannya orang lain.Jadi orang lain usah nak sibuk kata kita lapar sebab orang lain tu tak tau siapa kita.....Urus sahaja lapar mu jangan urus lapar orang lain..
Jumpa lagii..

Selasa, 8 September 2009

Talam dua muka

Salam ceria buat rakan rakan yang membaca coretan ku ini.Hari ini aku nak cerita kisah talam dua muka.Memula aku nak ulas maksud talam,ye laa ada gak kawan kawan aku yang tak tau talam tu apa,kang diingatnya kueh talam.Tentu pening bila kawan ku fikir kueh talam yang ada dua muka.Cam ne tu ada lapis lapis ker?Aku gak yang kena soal nanti.
Talam adalah nama lain bagi dulang.Dulang atau talam tu digunakan untuk mengangkat hidangan dan kegunaannya hanya sebelah muka sahaja...sebelah belakang dulang tu ,orang tak guna untuk mengangkat hidangan tapi kadang kala orang guna untuk menutup sajian makanan.Kiranya serba boleh laa juga ekk talam ni.
Aku nak cerita kisah hari perjumpaan yang bikin huru hara.Adalah seorang kawan ku yang aku kawan biasa biasa sahaja.orangnya lembut.tutur katanya satu satu,lemah gemalai.sikit sikit senyum.Masa dalam perjumpaan tu dia lah yang banyak mulutnya banyak ideanya.Bila ku tenung matanya dia melarikan anak matanya.Apakah sebabnya?Ada udang sebalik mee kah atau ada agenda tersembunyi?
Aku ambil gendang dan aku nyanyikan satu lagu yang bertajuk kerana kata dan mengata.Dalam keadaan santai sambil makan minum macam majlis makan makan jer.Aku katakan untuk apakah semua ini,biar kan jer.. dah tau diam jer cukup.Sendiri tau sendiri kena ingat.Aku dulik apa dia nak tonggeng ke terlentang ke...lantak dia la.Hehehe ganas sungguh bahasa ku.
Didalam kereta suami ku bertanya boleh di percayai ker kawan yang lemah lembut tu..?Aku kata entah macam lain jer..Jadi dalam hidup ini kena selalu ingat kalau nak buat sesuatu kena tengok baik dan buruknya.Apakah kesannya dan dalam berkawan juga kita kena selalu beringat tak semestinya yang lembut itu tidak menikam dan tidak semestinya yang ganas itu dia jahat.
Tapi kan ada juga yang cakapnya kecoh riuh sekampung macam ayam bertelor kembar siam...dia pun terbabit sama,isterinya cerita macam macam cuma dia tak ada masa ari perjumpaan tu jer.Tapi orang tak tau kannn...yang tau kita orang kita orang jer..
Jadi hati hati adalah amat penting dalam kehidupan..aku tak kata orang lain aku kata kat diri aku.Aku kena senyum selalu.aku kena sering suluh diri sendiri kena tengok carik kain sendiri sebelum tengok carik kain orang lain.
Aku tengok kemuncak malam itu orang yang tutur kata nya lembut itu tak berbunyi pun..tunduk muka jerrr..kurak kurak dalam perahu...purak purak tak tahu...
Hingga jumpa lagi..

Isnin, 7 September 2009

Ketua atau pemimpin.

Salam ramadhan al mubarak buat rakan rakan yang sudi membaca luahan fikiran dari aku yang bodoh lagi amat bodoh ini.Masa terlalu cepat beredar usia makin meningkat kematangan makin terasa.Umpama buah yang sedang masak ranum sedang elok dipetik dan dimakan,kalau tidak dipetik bakal busuklah buah itu dan tidak akan bernilai lagi.Rasanya jua turut bertukar dari manis menjadi pahit.Kehidupan pun begitu jua ada masanya manis ada masanya pahit ada masanya tak manis dan tak pahit,nak kata tawar tidak pula.Itulah kehidupan bagai roda sekejap atas sekejap bawah.Peribahasa melayu sudah berpesan kalau duduk ditempat tinggi pandang pandang rumput dibawah.Biar berpijak dibumi yang nyata jangan terawang awang ,keatas tidak kebawah pun tidak.
Dalam hidup dibumi yang nyata ini kita saling memerlukan antara satu sama lain.Yang salah tetap salah yang benar tetap benar.Tuhan itu adil semua akan ditunjuk kan cuma masa dan ketika yang menentukannya.Apa perlu diungkit ungkit?Apakah semua yang dipertuturkan itu hanya kata kata manis atau dari hati yang suci?Apakah semua jemputan atau ajak kan itu hanya basa basi untuk menunjuk nunjuk? Apa sudah lupakah sebab ajakkan itu bersebab?
Ketua tak semestinya pemimpin.Ketua dia saja yang betul orang lain salah je,pemimpin dia tidak begitu.. ada perbincangan ada buah fikiran dari semua pihak di adun dan ditapis dengan suasana yang tenang bersahaja.Ketua minta dihormati dan orang akan menghormati tetapi hanya lakunan sahaja tidak jujur.Pemimpin tidak minta dihormati tetapi orang yang menghormatinya.Hormat itu orang yang beri bukan dipinta.
Suami ku berkata hilang hormatnya pada seseorang itu bila mana dia sendiri dengar dan lihat perlakuan yang dihormtai itu bukan lah peminpin tetapi ketua..jadi ikut suka mu laaaah.
Selagi dia memegang simbol ketua selagi itulah aku kan menjauh tetapi jikalu dia kembali memegang simbol pemimpin akan ku dekati walau pun dari kejauhan.Aku sayang semua yang aku kenal sebab aku tau kalian dan aku serupa.Berdarah,berdaging,bernafsu.
Aku tikam kau berdarah kau tikam aku berdarah.aku sakit kau pun sakit..sebab kita semua hamba yang tak punya apa apa hanya sekadar menumpang lalu..
Jumpa lagi...

Khamis, 3 September 2009

Siapa Peduli

Salam buat rakan rakan yang membaca nukilan ku.Kali ini aku terpanggil untuk berbicara tentang janji.Orang memang pandai berjanji tapi menggota kan janji itu lah yang susahnya. Tanya diri apa yang telah aku kata kan ? Apakah kalam yang telah terkeluar dari mulut ku?
Siapa peduli kalau bukan mulut yang berkata.Kata katanya gah siap dengan nasnya tapi apakah diri sendiri yang berkata itu ikut apa yang diperkatakan..? Aku senyum sendiri
asyik menegak kan benang yang basah,asyik menyalah kan orang lain..,apa diri sendiri tidak bersalah ?
Mana janji yang diwar war kan mana amanahnya? Peduli apa aku dengan hal orang lain.tapi aku peduli kalau hal itu membabitkan aku.Itulah aku..Aku sayang diri ku bukannya boleh ku tukar ganti.Aku sayang ilmu yang ku pelajari.Aku belajar dengan ramai guru ada yang egonya tinggi..,ada yang dia saja yang betul..ada juga yang cukup lemah lembut sampai aku pula yang naik silu.Semua itu ilmu bagi ku untuk ku nilai hidup ku.
Aku hanyalah musafir lalu singgah sebentar sebelum menuju ke kampung halaman ku yang luas terbentang.Aku perlukan dunia ini..sebab dunia ini transit aku untuk mencari ilmu..untuk mencari aku.Siapa aku..
Guru yang mana boleh mensyafaatkan muridnya? Apa kah guru hikmah? Yang sekejap kat sana sekejap kat sini?Macam magik..Tak serupa manusia biasa..Aku mahu jadi macam manusia biasa kalau dicubit rasa sakitnya,kalau ditoreh luka.Seperti Nabi Muhammad s.a.w yang berdarah kakinya apabila di baling batu semasa diTaif.Sedangkan Baginda itu kekasih Allah.
Aku mahu senyum melihat lakuan dan lakunan sesiapa yang aku kenal.Aku juga senyum dengan lakuan dan lakunanku.Kadang kadang yang nyata memang pahit sedang kan itu lah yang nyata.Kita tak serupa saya.Kita itu berdua tapi bukan dengan saya.Kita maknaya bersatu umpama dua menjadi satu.Bila satu semuanya dikongsi bukan dianak tirikan,bukan di ungkit ungkit kan.Saling membantu..,Cubit peha kiri peha kanan terasa.
Siapa peduli dalam dunia yang mencari kebendaan harta sebenar tidak ketahuan..Samapi jumpa lagi..