Isnin, 10 Mei 2010

Apabila suami ku meletop...

Pagi ini suami ku mendapat panggilan talipon daripada guru displin sekolah anak ku, menyatakan yang anak ku lewat lagi kali yang ke empat..bukan lah lewat sangat hanya seminit dua.Maka tercetusla cerita ini... jeng jeng jengg

Sebenarnya suami ku memang sudah lama menyimpan isu nak suruh cepat tapi tak bagi cepat... Nak suruh belajar tapi tak kasi belajar...Macam mana pula tu? Pelik juga kan.Suami ku bertanya kepada guru anak ku mengapa budak sudah lewat di lewatkan lagi di tahan sampai satu jam di dalam dewan ? Bukan kah ini mencuri masa belajar budak itu lewatnya seminit dua di tahan sejam lebih.

Mana budak sekarang tak stress dah la keje sekolah banyak, pelajaran banyak lepas tu di tekan lagi.Yang datang lewat sedikit jadi isu yang ponteng tak jadi isu pula? Yang datang lambat selepas waktu rehat tidak di tahan pula? Mana adilnya undang undang?

Cikgu displin anak ku berkata undang undang dah macam tu.Lantas suami ku berkata mana akalnya? bukan kah undang undang itu di bawah akalnya.Mana kasih dan sayang seorang pendidik? Asyik nak mendera murid asyik nak tekan murid.Saya masa kecil dahulu kalau cikgu nampak lambat sampai ke kelas cikgu sendiri akan lambai suruh datang masuk kelas cepat..

Kenapa sekarang tidak begitu? Mana murid nak kasih dan sayang pada gurunya sedang kan guru nya sendiri tiada kasih dan sayang itu? Mana contohnya? Anak ku berkata cikgu ini suka menyumpah seranah bagus kah itu? pendidik kah itu? Jadi tidak heran murid tidak hormat pada cikgu yang begini.

Ada juga yang bagus pandai mengajar, murid pun sayang selalu bercerita cikgu ni baik ngajar mudah faham.Ini penggalaman aku dengan anak anak ku.Tiap kali semasa makan malam anak anak ku akan bercerita kisah sekolah nya. Ada guru ni poyo perasan sendiri macam bagus sangat.Ada pula yang makeupnya tebal macam opera cina.Ada yang mude cantik wooo.. baik pula tu.

Jadi secara tidak langsung aku tahu cara cikgu cikgu ini.Tapi aku hanya buat derkk jer pasang telinga.Ada juga sesekali aku menyampuk kata kata anak ku kalau tak ngumpat pasal cikgu tak boleh ke? ehehehe

Sebenarnya anak ku tidak tahu mengenai kisah ini tetapi cikgu tu pula yang pecah tembelang dia g panggil anak ku dah kata dia tak suka jawapan suamiku.Secara tidak langsung anak ku dapat tahu..
Alaaahhhaiii..

Tiada ulasan: