Salam ceria buat rakan rakan yang membaca coretan ku ini.Hari ini aku nak cerita kisah talam dua muka.Memula aku nak ulas maksud talam,ye laa ada gak kawan kawan aku yang tak tau talam tu apa,kang diingatnya kueh talam.Tentu pening bila kawan ku fikir kueh talam yang ada dua muka.Cam ne tu ada lapis lapis ker?Aku gak yang kena soal nanti.
Talam adalah nama lain bagi dulang.Dulang atau talam tu digunakan untuk mengangkat hidangan dan kegunaannya hanya sebelah muka sahaja...sebelah belakang dulang tu ,orang tak guna untuk mengangkat hidangan tapi kadang kala orang guna untuk menutup sajian makanan.Kiranya serba boleh laa juga ekk talam ni.
Aku nak cerita kisah hari perjumpaan yang bikin huru hara.Adalah seorang kawan ku yang aku kawan biasa biasa sahaja.orangnya lembut.tutur katanya satu satu,lemah gemalai.sikit sikit senyum.Masa dalam perjumpaan tu dia lah yang banyak mulutnya banyak ideanya.Bila ku tenung matanya dia melarikan anak matanya.Apakah sebabnya?Ada udang sebalik mee kah atau ada agenda tersembunyi?
Aku ambil gendang dan aku nyanyikan satu lagu yang bertajuk kerana kata dan mengata.Dalam keadaan santai sambil makan minum macam majlis makan makan jer.Aku katakan untuk apakah semua ini,biar kan jer.. dah tau diam jer cukup.Sendiri tau sendiri kena ingat.Aku dulik apa dia nak tonggeng ke terlentang ke...lantak dia la.Hehehe ganas sungguh bahasa ku.
Didalam kereta suami ku bertanya boleh di percayai ker kawan yang lemah lembut tu..?Aku kata entah macam lain jer..Jadi dalam hidup ini kena selalu ingat kalau nak buat sesuatu kena tengok baik dan buruknya.Apakah kesannya dan dalam berkawan juga kita kena selalu beringat tak semestinya yang lembut itu tidak menikam dan tidak semestinya yang ganas itu dia jahat.
Tapi kan ada juga yang cakapnya kecoh riuh sekampung macam ayam bertelor kembar siam...dia pun terbabit sama,isterinya cerita macam macam cuma dia tak ada masa ari perjumpaan tu jer.Tapi orang tak tau kannn...yang tau kita orang kita orang jer..
Jadi hati hati adalah amat penting dalam kehidupan..aku tak kata orang lain aku kata kat diri aku.Aku kena senyum selalu.aku kena sering suluh diri sendiri kena tengok carik kain sendiri sebelum tengok carik kain orang lain.
Aku tengok kemuncak malam itu orang yang tutur kata nya lembut itu tak berbunyi pun..tunduk muka jerrr..kurak kurak dalam perahu...purak purak tak tahu...
Hingga jumpa lagi..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 ulasan:
Perghhh....kak, tak ingat...ayat ganas giler.....hehhehe...jangan marah ye kak..gurau jerk...
p/s..biarkan luncai terjun dengan labu-labu nya...biarkan...biarkan...
Heheh kalau dah cerita yang betul nak buat cam ne kan ,,kita cerita jer..nak dengar dengar laa tak nak sudahh.Kita tak paksa.
Catat Ulasan