Salam ceria buat sahabat semua..Apa khabar anda sekalian..?Mudah-mudahan aman bahagia disisi keluarga tersayang.Baru baru ini aku berbincang dengan adik bungsuku yang masih belajar di Mesir.Kami berlainan fikiran walau pun sama keturunan. Setiap soalannya tidak menunjukkan yang dia kenal aku sebagai kakaknya.Aku ketawa dengan telatahnya yang bagi aku menyempitkan ilmu Allah yang luas ini.Aku ceritakan pada suamiku dan suamiku ketawa sahaja mendengar cerita ku.
Kisahnya bermula bila dia berkata sampai bila orang kat Malaysia mahu percaya setiap pokok besar itu berhantu?Aku bertanya siapa yang percaya macam itu?Awak kat sana pergi belajar untuk masa depan awak bukannya untuk memikirkan pasal itu semua.Itu bukan bidang awak dan awak bukannya diberikan kuasa untuk mengurus kerja itu.Ceritanya mudah mahu menegurku takut nanti Allah tanya dia kenapa tak tegur kakak sulungnya ini..Apa salah aku?Adakah aku bersalah dengan Allah ?Adakah aku bersalah dengan makhluk Allah?
Yang aku nak pertikaikan ye laa kenapa dia yang menyibuk?bukankah aku sudah punya suami..geran sudah bertukar tangan.Sudah lupa perkara yang asas!Sudah ku kata kan berkali kali urus dirimu sendiri jangan menyibuk pasal orang lain.Apakah masa dikubur nanti yang akan disoal itu dirimu kah atau orang sekeliling mu kah?Diri sendiri tidak terbawa kenapa mahu urus diri orang lain..umpama tidak ada beban batu digalas.
Dia dengan ilmunya aku dengan ilmu ku,dia punya guru Aku pun punya guru jadi mengapa mahu menyalahkan...bukankah ilmu Allah tu luas..Dia berbicara dengan apa yang dia baca aku berbicara dengan apa yang aku rasa dan dengan penggalaman ku.Mana mungkin sama!
Aku dalam bidang perawatan bicara ku tidak mungkin boleh difahami oleh orang yang belajar bidang bahasa...kerana rasa itu tidak boleh dibahasakan.Setiap rasa bagi setiap orang berbeza..itulah kenyataannya.
Begitu juga dalam bidang perawatan masing masing punya kelebihan dan kekurangan masing masing...kenalah terima seadanya jangan pula ada rasa hasad dengki...tikam menikam dibelakang kawan..mungkir janji.Semua itu akan menjejaskan peningkatan ilmu.Sepatutnya kena belajar jangan jemu dan jangan mudah puas hati.Umpamanya bila kita lihat sehelai baju kita nak tahu macam mana jadi baju ni.lepas tu kita pun nak tau macam mana prosesnya.lepas tu macam mana kapas tu?pokoknya macam mana?benihnya macam mana?tanamnya macam mana?perlu cuaca yang bagaimana..bukan kah banyak ilmunya disitu!
Cukupla bebelanku kali ini..hingga berjumpa lagi..
Wassalam
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan